Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPAK TAKRAW

Taiwan hos tandingan bawah 21 tahun Asia, Dunia

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



KEJOHANAN Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun Dunia bakal diadakan di Taiwan pada 2024, setahun selepas negara Asia Timur itu menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun Asia tahun ini.



Penganjuran dua pertandingan belia itu adalah satu pelaburan yang akan menelan perbelanjaan kira-kira AS$1 juta ($1.33 juta), kata presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Abdul Halim Kader.



Bercakap kepada Berita Harian, Halim, yang juga setiausaha agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), berkata perkembangan itu dianggap satu langkah penting dalam usaha badan pentadbir tersebut untuk membawa sepak takraw ke Sukan Olimpik.



"Adalah penting Astaf dan Istaf bekerjasama kerana antara kriteria yang diperlukan untuk sepak takraw mendapatkan kelulusan sebagai sukan yang diiktiraf Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC) ialah mengadakan kejohanan bagi belia bawah 17 tahun dan 21 tahun," ujar beliau.



Halim melawatan Taiwan dari 4 hingga 8 Januari bagi menandatangani satu perjanjian bersama Chinese Taipei selaku tuan rumah kejohanan belia bawah 21 tahun Asia itu.



Ia kali pertama kejohanan sepak takraw belia diadakan di Taiwan.



"Bukan senang bagi saya dan pasukan di Astaf meyakinkan pemerintah negara-negara untuk menjadi tuan rumah kejohanan, kerana penganjurannya memerlukan perbelanjaan agak besar," kata Halim.



Persekutuan Sepak Takraw Chinese Taipei akan membelanjakan AS$300, 000 bagi kejohanan dari 23 hingga 29 Jun itu.



Halim berkongsi bahawa tujuan asal lawatannya ialah hanya untuk menandatangani kontrak penganjuran kejohanan itu, tetapi Taiwan juga tertarik pada penganjuran kejohanan bawah 21 tahun dunia 2024 dan bersetuju menjadi tuan rumah.



Kos bagi kejohanan dunia itu dijangka berjumlah AS$700,000, menjadikan kos dua kejohanan itu sebanyak AS$1 juta, menurut Halim.



"Ini di luar dugaan saya... sebuah negara yang merupakan sebahagian daripada China berminat membantu Astaf dan Istaf memperkukuhkan usahanya membawa sepak takraw ke Sukan Olimpik," tambah beliau.



Hingga 12 negara dijangka menyertai kejohanan bawah 21 tahun Asia, manakala kejohanan dunia depan akan disertai lebih 18 negara.




"Ini di luar dugaan saya... sebuah negara yang merupakan sebahagian daripada China berminat membantu Astaf dan Istaf memperkukuhkan usahanya membawa sepak takraw ke Sukan Olimpik."



- Abdul Halim Kader, presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan setiausaha agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >