Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

Tak cuba, tak tahu betapa seronoknya ragbi...

Buat sekian lama, bola sepak dan ragbi, dua sukan bersifat lasak dimainkan oleh lebih ramai lelaki. Namun, lebih ramai wanita kini menceburi sukan itu, dengan usaha dipergiat untuk membangunkan sukan itu bagi wanita di sini. Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang bermula semalam, BERITA HARIAN menampilkan wajah-wajah wanita sebalik dua sukan tersebut. Hari ini, Jawatankuasa Pembangunan Wanita di bawah Kesatuan Ragbi Singapura (SRU) berkongsi usaha mereka untuk membentuk generasi seterusnya srikandi ragbi negara selain menepis salah tanggapan mengenai sukan itu dalam kalangan pemain wanita. Program Penglibatan Tertiari Wanita yang diterajui SRU disertai pemain dari 5 institut pengajian tinggi dalam usaha tingkat profil ragbi di kalangan wanita
Mar 09, 2022 | 05:30 AM



SEJAK dua tahun lalu, ragbi - iaitu sukan lasak dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh pemain dalam setiap pasukan - hilang menyepi daripada dimainkan di padang-padang di Singapura ekoran sekatan ketat Covid-19 yang ditetapkan di sini.



Namun begitu, pandemik tidak mematahkan semangat Jawatankuasa Pembangunan Wanita (WDC) di bawah Kesatuan Ragbi Singapura (SRU) daripada meneruskan misi mereka untuk membangunkan generasi seterusnya pemain ragbi wanita setempat.



Di padang Stadium Jurong West Rabu lalu, sekumpulan pemain dilihat gigih mempelajari selok-belok ragbi seperti mengelak lawan dan menangkap bola ragbi berbentuk bujur itu sebagai sebahagian daripada Program Penglibatan Tertiari Wanita anjuran WDC.



Program itu bertujuan memperkenalkan sukan ini kepada pelajar di institusi pendidikan tinggi di sini.



Antara peserta yang ditemui ialah pelajar sambilan jurusan Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Siti Radiah Mohamed Hussien, berusia awal 30-an tahun.



"Pada masa dulu, tiada pendedahan kepada ragbi berkontak. Jadi, apabila saya melihat poster program ini, saya pun fikir mengapa tidak saya mencubanya," kata guru di sekolah pendidikan khas itu, yang juga bergiat dalam sukan bola sepak dan floorball.



"Minggu lalu, kami belajar bermain ragbi 'tag' dan hari ini, kami mencuba ragbi berkontak. Pengalaman belajar ragbi setakat ini memang seronok sebab mereka mengajar kemahiran dan peraturan permainan secara bertahap."



Program Penglibatan Tertiari Wanita dilancarkan pertengahan tahun lalu dan pada awalnya hanya merangkumi dua institusi, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).



Namun, dengan pendanaan dan bimbingan SRU serta sokongan jurulatih wanita dan pemain dari kelab ragbi wanita di sini, program itu berjaya menarik minat tiga lagi universiti tempatan - Institut Teknologi Singapura (SIT), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan SUSS.



Ia kini disertai sekitar 50 pelajar - turun daripada 100 peserta di awal program gara-gara pandemik.



Mahasiswi SIT dalam jurusan fisioterapi, Nurul Aqilah Ahmad, 23 tahun, gembira sekolahnya terbuka hati untuk menyertai program itu setelah beliau mencadangkan kepada mereka.



"Mendapat sokongan daripada SRU dan mengadakan program sebegini yang memperluaskan ragbi ke peringkat tertiari menunjukkan kemajuan. Sebelum ini, ragbi hanya diadakan di peringkat kelab.



"Tapi kini ragbi wanita mendapat lebih sokongan dan pengiktirafan... saya harap sukan ini dapat terus berkembang pada masa akan datang," kongsi pemain kelab ragbi wanita tempatan Bedok Kings Skyllas itu, yang mula mencuba ragbi pada 2018.



Di Singapura, kebanyakan pemain ragbi wanita didedahkan kepada ragbi berkontak sama ada di peringkat kelab atau melalui kegiatan kokurikulum di universiti. Berbanding dengan kaum lelaki, ragbi diperkenalkan seawal di sekolah rendah.



Terdapat hanya empat kelab ragbi wanita senior di sini - Bedok Kings Skyllas, Blacks RFC, Bucks RFC dan Wolves RFC - manakala jumlah itu meningkat berganda bagi pemain lelaki.



Pengurus Pembangunan Ragbi SRU, Charlie Brown, berkata inisiatif membawa sukan itu ke peringkat tertiari menunjukkan langkah pertama kemajuan.



"Sungguh mengagumkan untuk melihat minat yang semakin meningkat daripada institusi ini untuk mengadakan program ragbi mereka sendiri. Menyediakan program yang stabil melalui sekolah-sekolah adalah ukuran utama kejayaan bagi ragbi wanita untuk terus berkembang di Singapura," ujarnya.



Pengerusi bersama Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan bekas pemain ragbi nasional, Azurah Khalid, pula berkata: "Selain menyediakan akses untuk wanita mencuba dan menceburi ragbi, ia juga penting untuk mempunyai lebih ramai wakil wanita terlibat dalam perbincangan terbuka mengenai hala tuju jangka panjang ragbi wanita."



Sempena Hari Wanita Antarabangsa semalam, WDC menganjurkan satu perbincangan dalam talian di laman media sosialnya untuk menepis salah tanggapan ragbi sebagai sukan yang kasar dan tidak sesuai bagi kaum wanita.



Tetamu undangan termasuk pemenang pingat emas Sukan Olimpik dari New Zealand, Shiray Kaka; kapten pasukan ragbi tujuh sepasuk wanita Singapura, Ong Pei Yi; atlet Sukan Paralimpik angkat berat Singapura, Nur'Aini Mohd Yasli; dan pemain kriket wanita negara, Diviya GK.



Pengerusi bersama Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan pemain nasional ragbi, Samantha Teo, menambah: "Ragbi dan penyertaan dalam sukan mempunyai kesan positif bukan hanya pada kesihatan, tetapi juga secara mental.



"Memupuk keyakinan dan harga diri membantu memperkasa pemain wanita ini menjadi kuat, yakin dan berdaya tahan. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipelajari melalui buku teks."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >