Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tak sesia dapatkan Trossard; Arsenal kembali lebarkan jurang di tangga atas

Pemain sayap asal Belgium rintis kesemua tiga gol kemenangan The Gunners ke atas Fulham; pasukan pimpinan Arteta kian dekat julang kejuaraan EPL
Mar 14, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal mengukuhkan lagi kedudukan di persada Liga Perdana England (EPL) selepas membenam Fulham 3-0 di padang lawan pada Ahad.



Dengan kemenangan ini, skuad kendalian Mikel Arteta itu mempunyai kelebihan lima mata di atas pasukan terdekat, Manchester City, yang menang 1-0 ke atas Crystal Palace yang beraksi lebih awal.



Gabriel Magalhaes membuka tirai gol pada minit ke-17 selepas tendangan sudut Leandro Trossard disambut dengan tandukan kencang melepasi gawang Fulham.



Trossard melakar gerakan bagi mengatur gol kedua selepas hantaran lintang beliau ditanduk oleh pemain sayap, Gabriel Martinelli, pada minit ke-26.



Gol ketiga Arsenal disempurnakan Martin Odegaard sejurus sebelum wisel penamat separuh masa pertama selepas beliau merembat masuk bola susulan hantaran lintang yang sekali lagi digerakkan oleh Trossard.



Sebelum itu, gol pertama Arsenal hasil jaringan Martinelli tidak dibenarkan setelah Video Penolong Pengadil (VAR) memutuskan gol tersebut sebagai ofsaid.



Menurut BBC, Fulham melancarkan serangan pada separuh masa kedua tetapi penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale, menafikan peluang Bobby de Cordova-Reid, manakala tandukan Tosin Adarabioyo terkena tiang.



Perlawanan tersebut menyaksikan Trossard menjadi antara tunggak yang mencipta pelbagai peluang jaringan atau assist bagi Arsenal - beliau terlibat sebagai penggerak bagi ketiga-tiga gol.



Jika Arsenal berjaya menjulang trofi EPL buat kali pertama sejak 2004, pelaburan sebanyak £21 juta ($34 juta) bagi menandatangani penyerang Belgium itu bakal membuktikan salah satu pembelian berbaloi musim ini.



Arsenal mendapatkan khidmat beliau selepas tawaran mereka bagi mendapatkan pemain Shakhtar Donetsk, Mykhailo Mudryk, dipintas Chelsea pada detik-detik akhir.



Ketika Mudryk masih menyesuaikan diri dengan EPL, Trossard membuktikan kemampuannya di Arsenal selepas empat tahun berpengalaman dalam EPL, menyarungi jersi Brighton.



Kreativiti dan kecerdasan dipamerkan pemain berusia 28 tahun itu membuka jalan kepada The Gunners untuk mencatat kemenangan liga kelima berturut-turut dan membawa mereka lebih dekat dengan kejuaraan.



Dengan baki 11 perlawanan lagi, Arsenal mempunyai kelebihan lima mata berbanding City di tempat kedua dan Trossard gembira dapat menyumbang kepada pasukannya itu.



"Kemenangan sempurna buat kami. Saya sangat gembira dengan pencapaian ini," kata Trossard, selepas perlawanan.



"Saya sentiasa akan cuba memberi sumbangan. Hari ini saya berjaya melakukannya."



Beliau menambah dengan baki 11 perlawanan dalam EPL, mereka akan harunginya satu persatu dan "mempersembahkan permainan mantap".



Dalam pada itu, skuad Fulham kendalian Marco Silva, yang telah mempamerkan prestasi cemerlang musim ini dengan berada di tangga kelapan, mengecewakan di hadapan penyokong sendiri - mungkin disebabkan ketiadaan beberapa pemain berpengaruh seperti Willian, yang mengalami kecederaan otot, dan Joao Palhinha yang digantung.



Fulham perlu mengembalikan prestasi baik jika berharap bersaing mendapatkan tempat dalam Liga Eropah musim depan. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >