Topik diikuti
Pergi ke BHkuTakraw diizin namakan skuad 19 pemain
1 of 2
Apr 15, 2015 | 5:30 AM
Takraw diizin namakan skuad 19 pemain
PERSEKUTUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) mendapat berita gembira dan suntikan semangat apabila Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) menerima saranan menamakan skuad seramai 19 pemain bagi mewakili Team Singapore dalam Sukan SEA Jun ini.
Ini didedahkan Setiausaha Agung Perses Abdul Halim Kader kepada Berita Harian kelmarin, sambil berkata badan penyelaras sepak takraw setempat itu mempunyai masa hingga hari ini untuk menamakan skuad bagi temasya dwitahunan yang kembali diadakan di Singapura buat julung-julung kali dalam tempoh 22 tahun.