Taman Luncur Somerset jadi medan saingan peluncur hebat Asia
Premium
Taman Luncur Somerset jadi medan saingan peluncur hebat Asia
Mar 11, 2020 | 5:30 AM
WAJAH BARU: Taman Luncur Somerset baru ini akan menjadi medan pertarungan bagi Kejohanan Papan Luncur 'Street' Asia pada 17 hingga 21 Mac ini. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
PELANGGAN di kawasan pusat membeli-belah Singapura akan dapat menonton beberapa peluncur hebat Asia melakukan aksi 'flip' dan 'ollie' apabila Kejohanan Papan Luncur 'Street' Asia bakal diadakan di Taman Luncur Somerset yang berwajah baru, mulai 17 hingga 21 Mac ini.
Kira-kira 50 atlit dari serata dunia akan tiba di sini bagi acara itu, yang juga merupakan kejohanan kelayakan bagi Sukan Olimpik Tokyo.

