Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tamparan bagi Singa apabila kalah mengejut kepada Taiwan dalam kelayakan Piala Asia

Jun 10, 2017 | 11:35 PM
-

BERMAIN di padang sendiri dan menjadi pilihan untuk menang, pasukan bola sepak Singapura mengalami kekalahan mengejut 1-2 kepada Taiwan dalam satu perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 yang berakhir di Stadium Jalan Besar sebentar tadi (10 Jun).

Kekalahan itu juga dijangka menjadi tamparan kepada usaha pasukan pimpinan jurulatih V. Sundramoorthy untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 yang akan dianjurkan di Amiriah Arab Bersatu (UAE), selain mensesiakan pencapaian baik semasa seri 0-0 dengan Bahrain - pasukan pilihan dalam kumpulannya, Kumpulan E - dalam perlawanan pembukaan pada Mac lalu.

Gol awal melalui tandukan kapten Hariss Harun pada minit keenam gagal merangsang rakan-rakannya yang membolehkan pasukan pelawat bangkit dengan gol penyamaan jaringan Chen Tsan-Yuan pada minit ke-30 separuh masa permainan.

Ketumpulan barisan serangan Singa akhirnya dihukum apabila Taiwan - yang berada tiga tangga di bawah Singa dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antabangsa (Fifa) - menyumbatkan gol kemenangan pada babak kedua permainan.

Pasukan Sundram kini hanya mempunyai satu mata daripada dua perlawanan dan kini memikul tugas berat mendapatkan keputusan baik apabila menerima kedatangan Bahrain selain dua pertemuan dengan sebuah lagi pasukan dalam kumpulan itu - Turkmenistan. Singa juga masih perlu bertandang ke padang Taiwan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg