Premium
Tampines ghairah catat kemenangan sulung
Sundram hampir pasti sertakan Pennant dalam usaha bukti pasukan jadi pilihan awal
Feb 19, 2016 | 5:30 AM
SIAP 'DILEPASKAN': Bekas bintang Liverpool, Jermaine Pennant, dijangka memulakan perlawanan sejak wisel mula dalam usaha membantu Tampines memburu kemenangan sulungnya musim ini. - Foto fail -
SELEPAS langkah awalnya tersandung, pasukan pilihan Liga-S Great Eastern-Yeo's musim ini, Tampines Rovers, ghairah mahu kembali ke landasan kemenangan apabila turun menentang Warriors FC di Stadium Jalan Besar mulai 7.30 malam ini.
Dianggap pilihan kuat menyapu bersih kesemua pertandingan domestik musim ini - berkat kehadiran bekas bintang Arsenal dan Liverpool, Jermaine Pennant, serta sehingga lapan bekas tunggak LionsXII - pasukan pimpinan V. Sundramoorthy gagal memenangi pertarungan pembukaan mereka di Stadium Jurong West pada Isnin lalu.

