Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Tampines tundukkan Tg Pagar 3-1, Albirex hanya seri 0-0 dengan Balestier

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



TAMPINES Rovers meraih kemenangan kedua musim ini dan pertama di padang sendiri selepas menewaskan Tanjong Pagar United 3-1 dalam aksi Liga Perdana Singapura (SPL) kelmarin, menerusi jaringan Madhu Mohana, Yasir Hanapi dan Taufik Suparno.



Pasukan Jaguar hanya mampu mendapatkan gol sagu hati daripada sepakan penalti Luiz Junior.



Persembahan mengagumkan kapten Yasir memberi Tampines ketenangan yang mereka perlukan untuk mengatasi pasukan Tanjong Pagar yang bertekad mendapatkan kemenangan.



Beraksi buat kali ketiga dalam sembilan hari, jurulatih Tampines Gavin Lee menyimpan pemain berusia 31 tahun di bangku simpanan, sebelum membawanya masuk pada separuh masa kedua.



Yasir terus menyerlah, bukan setakat menjaringkan gol kedua mereka, bahkan membantu menciptakan peluang jaringan ketiga pasukannya, setelah Tanjong Pagar mengurangkan jurang dan terus mengancam.



"Yasir tampil dan menunjukkan prestasi sangat baik dan ia adalah gol bagus, namun bukan hanya gol yang dijaringkan beliau," kata Lee.



"Beliau membantu kami meningkatkan tekanan terhadap benteng pertahanan lawan dan beliau pemimpin yang kami perlukan untuk kekal tenang bagi mendapatkan kemenangan."



Mengulas tentang persembahannya selepas menjaringkan gol ketiga musim ini, Yasir berkata: "Apabila anda dapat menjaringkan gol, ia satu perasaan bagus, terutama apabila anda pemain di bahagian serangan, namun penghargaan juga perlu diberi kepada rakan sepasukan saya."



Dengan kemenangan itu, Tampines berkongsi tujuh mata dengan Albirex Niigata, yang hanya seri 0-0 dengan Balestier Khalsa di Stadium Jurong East.



Tampines berada di tangga kedua SPL hanya dek perbezaan gol.



Walaupun tewas, jurulatih Hasrin Jailani gembira akan persembahan Tanjong Pagar, yang dibenam 5-0 oleh Lion City Sailors minggu lalu.



"Kami bermain lebih baik berbanding perlawanan terakhir kami. Kami berdaya mengasak dan secara defensif kami bekerja lebih keras," kata Hasrin.



"Sebagai sebuah pasukan, kami masih okay. Persembahan kami meningkat tetapi kami perlu pemain menjadi lebih kuat, kami perlu mengurangkan kesilapan individu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >