Premium
Tanda tanya penganjuran lumba kereta F1 Shanghai
Feb 7, 2020 | 5:30 AM
LANGKAH HATI-HATI: Persatuan Sukan Shanghai telah mengeluarkan kenyataan menasihatkan penganjur acara sukan untuk mematuhi keperluan Biro Sukan Shangjai untuk berhenti menganjurkan acara sukan sepanjang penularan wabak koronavirus yang menjejas banyak negara. - Foto REUTERS -
SHANGHAI: Pihak penguasa sukan di Shanghai telah menasihatkan supaya semua acara sukan di kota itu ditunda ekoran penularan koronavirus di negara itu, sekali gus meletakkan acara Formula Satu Grand Prix China dalam keadaan tanda tanya.
Perlumbaan grand prix keempat musim ini dijadualkan pada 19 April ini di Shanghai.

