Topik diikuti
Pergi ke BHkuTanjong Pagar hilang jurulatih sedang SPL disambung
Hairi Su'ap letak jawatan tiba-tiba untuk buru minat lain
Oct 16, 2020 | 5:30 AM
Tanjong Pagar hilang jurulatih sedang SPL disambung
PENGUNDURAN jurulatih Tanjong Pagar United Hairi Su'ap daripada kelab itu kelmarin timbul secara tiba-tiba, hanya beberapa hari sebelum Liga Perdana Singapura (SPL) membuka semula medan pertarungannya esok.
Tanjong Pagar United - yang kembali ke tahap profesional bola sepak tempatan musim ini selepas enam tahun menyepikan diri akibat masalah kewangan - mengumumkan dalam satu posnya di Facebook kelmarin bahawa Hairi meletak jawatan kelmarin untuk memburu minat lain.