Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Tanjong Pagar, Young Lions sambung saingan

spl
Jul 16, 2021 | 05:30 AM



AKSI Liga Perdana Singapura (SPL) kembali seperti yang dinanti-nantikan esok, dengan perlawanan Tanjong Pagar United menentang Young Lions, namun perhatian juga tertumpu pada perkembangan di luar padang.



Seorang pemain Tampines Rovers dijangkiti Covid-19 semasa beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Tashkent, Uzbekistan, dan pihak berkepentingan dalam liga bola sepak di sini sedang mengawasi keadaan dengan penuh berjaga-jaga dan harapan ia satu kes terpencil dan tidak akan menjejaskan lagi jadual bola sepak tempatan.



Bagi Tanjong Pagar dan Young Lions, pertemuan mereka esok adalah peluang yang dinanti-nanti untuk menyudahkan persaingan yang tertunda sejak dua bulan lalu.



Dua pasukan itu terikat 1-1 di Stadium Jurong East pada 8 Mei apabila pengadil menghentikan permainan disebabkan sistem amaran kilat (LWS) dihidupkan.



Persaingan esok ialah bagi menyambung perlawanan itu.



Kedua-dua pasukan terdesak ingin mengutipkan mata kerana mereka terperuk di kedudukan corot dalam liga.



Tanjong Pagar ingin mengekalkan momentum positif mereka setelah seri dengan Balestier Khalsa 2-2 dalam perlawanan minggu ke-11 Mei lalu.



Apatah lagi kali terakhir ia menang perlawanan liga ialah semasa menentang Young Lions 10 April lalu.



Pemain Young Lions pula, di bawah Philippe Aw, ingin mengubah nasib mereka dan mencari kemenangan pertama liga musim ini.



Mereka hanya berdaya mengumpul tiga mata sejauh ini dan kemenangan ke atas Tanjong Pagar akan membangkitkan semangat para pemain muda itu untuk perlawanan lain.



Hami Syahin, yang menjaringkan gol Young Lions menerusi tendangan penalti dalam perlawanan tertunggak itu, sekali lagi boleh menjadi antara penjaring gol dalam perlawanan ini, jika dipilih beraksi.



SPL berehat sejak 23 Mei bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan asalnya dijadual disambung pada 2 Julai.



Namun, setelah berbincang dengan kelab-kelab liga, penganjur memutuskan menambah tempoh rehat demi memberi kelab - terutama yang pemainnya dipanggil menyertai skuad nasional bagi perlawanan Fifa itu - sekurang-kurangnya dua minggu untuk membuat persiapan.



Pemain dikehendaki menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) apabila pulang ke Singapura. Notis itu berakhir pada 4 Julai.



Penundaan SPL ada hikmahnya. Hingga 250 penonton yang telah melengkapkan vaksinasi atau menunjukkan bukti ujian negatif bagi Covid-19 akan dibenarkan menyaksikan perlawanan SPL di Stadium Jurong East esok, selepas pihak berkuasa melonggarkan sekatan bagi acara sukan.



Ini kali pertama penonton dibenarkan hadir di stadium sejak perlawanan minggu kesembilan SPL pada 8 Mei lalu.



Bagi memastikan keselamatan penonton, SPL akan melaksana syarat kemasukan ketat. Penonton dikehendaki menunjukkan keputusan negatif ujian Covid-19, sama ada ujian reaksi rantai polimerase (PCR) atau ujian pantas antigen (ART).



Keputusan ujian itu harus sah 24 jam dari waktu mereka menjalaninya.



Mereka yang telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna dibenarkan masuk tanpa perlu menunjukkan bukti ujian Covid-19 negatif.



Penonton dikehendaki membeli tiket di stadium secara fizikal. Tiket dijual 2 jam sebelum perlawanan pada harga $8 bagi orang dewasa dan $5 bagi harga konsesi.



Penonton boleh masuk stadium sejam sebelum perlawanan bermula.



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata penonton akan dikenakan penjarakan selamat dan langkah keselamatan lain di dalam stadium. Ia menasihatkan penonton supaya datang lebih awal untuk mengelakkan ramai orang di tempat beli tiket dan pintu masuk.




MAKLUMAT PERLAWANAN



Esok, 5.30 petang



Tanjong Pagar lwn Young Lions



Stadium Jurong East



* Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >