Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN G: TUNISIA LAWAN ENGLAND

Tanpa tekanan, mungkin England akan menyinar

Southgate harapkan permulaan positif dalam perlawanan pembukaan menentang Tunisia
Jun 18, 2018 | 05:30 AM



JUARA sekali sahaja, dua kali ke separuh akhir serta 52 tahun yang dipalit kepahitan tersingkir di peringkat babak sepakan penalti pada 1990, 1996, 1998, 2004, 2006 dan 2012.



Malah di edisi Piala Dunia empat tahun lalu, cabaran England hanya bertahan lapan hari sebelum mereka ditendang keluar di peringkat kumpulan.



Berlatarbelakangkan sejarah yang agak mengecewakan itu, England akan membuka tirai Kumpulan G kejohanan di Russia ini dengan pertemuan menentang Tunisia di Stadium Volgograd mulai 2 pagi esok (waktu Singapura).



Buat julung-julung kalinya, pasukan pimpinan Gareth Southgate akan membuka tirai kejohanan di Russia ini tanpa dibebani harapan serta jangkaan yang tinggi melambung.



Sedang tumpuan utama diberikan pada juara bertahan, Jerman, Brazil, Perancis, Argentina, Sepanyol, malah Belgium - sebuah lagi pasukan dalam Kumpulan G - tiada siapa yang berani menyebut skuad muda Southgate sebagai antara pilihan serius bagi mahkota dunia kali ini.



Tanpa tekanan, tanpa jangkaan mungkin inilah yang diperlukan England dalam usaha mencatatkan kejutan di Russia nanti.



Sekalipun membariskan skuad yang muda, pemain-pemain seperti kapten Harry Kane, Raheem Sterling, Danny Rose dan John Stone merupakan tunggak serta bakat yang terbukti bersama kelab masing-masing dalam Liga Perdana.



Generasi baru pasukan bergelar The Three Lions ini turut memiliki keakraban dan semangat berpasukan yang tinggi selain berazam mahu membuktikan betapa silapnya pengkritik yang memperkecilkan keupayaan mereka.



Segalanya ini tentunya petanda awal yang memberangsangkan harapan yang lebih cerah bagi England di Piala Dunia ini.



Apatah lagi selepas beberapa keputusan memberangsangkan dalam perlawanan ujian sebelum bertolak ke Russia termasuk menyekat Brazil dan Jerman serta kemenangan 2-1 ke atas Nigeria dan 2-0 ke atas Costa Rica yang melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia 2014.



Southgate telah diletakkan matlamat memimpin anak didiknya sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir di kejohanan ini oleh majikannya, Persatuan Bola Sepak (FA) England.



Melayakkan diri ke pusingan lapan pasukan terakhir itu, kata ketua eksekutif FA, Martin Glenn, akan menunjukkan "petanda peningkatan yang ketara" pasukan itu sejak pelantikan Southgate pada 2016.



Justeru sebagai langkah ke arah mencapai sasaran itu, Southgate dan anak didiknya tidak mampu tersilap langkah dalam perlawanan pembukaannya ini.



Tidak syak Tunisia memikul tugas sukar dalam penampilan di Piala Dunia pertamanya sejak 2006.



Menduduki tangga ke-21 Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Tunisia mungkin dianggap pasukan terbaik di kalangan lima wakil Afrika di Russia ini.



Tetapi pasukan pimpinan jurulatih Nabil Maaloul perlu membuktikan reputasi mereka itu tanpa tunggak kreatif Youssef Msakni yang terpaksa menarik diri daripada skuad yang bertolak ke Russia akibat kecederaan lutut yang serius.



Ramalan BH:
England 2

Tunisia 0




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >