Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Taruhan pesilat hasilkan persembahan terbaik

May 18, 2022 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, berpuas hati dengan persembahan pesilatnya dalam Sukan SEA Vietnam.



Ini meskipun bekas pesilat negara dan juara dunia dua kali itu pernah berkongsi bersama Berita Harian kebimbangannya tentang peluang mereka meraih pingat. Bahkan, beliau menyasar hanya tiga pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.



Skuad 20 atlet itu - 12 pendatang baru - yang bertanding dalam 15 acara tanding dan seni berjaya memenangi lebih daripada itu. Mereka membawa pulang 11 pingat - empat emas, tiga perak dan empat gangsa.



Malah, ia persembahan terbaik Singapura dalam Sukan SEA, mengatasi pungutan pingat terbaik sebelum ini, di edisi 2003, juga di Hanoi, apabila pesilat Singapura menang tiga emas, dua perak dan 10 gangsa.



Ditemui selepas tamat pertandingan kelmarin, Sheik Alau'ddin, berkata: "Saya sangat, sangat gembira... Kami berlatih dan berusaha gigih untuk kemenangan ini. Kami mengharungi kesakitan dan kemenangan ini membawa kegembiraan kepada semua dalam pasukan.



"Alhamdulillah, kami berjaya mencapai persembahan terbaik."



Di sebalik kejayaan itu ialah pertaruhan yang membuahkan hasil. Daripada tujuh pingat acara tanding, enam pesilat menyahut cabaran bersaing dalam acara kelas lebih berat.



Hanya Sheik Farhan Sheik Alau'ddin kekal dalam kelas beratnya, kelas J (90-95kg). Juara dunia tiga kali itu berjaya mempertahankan pingat emasnya.



"Saya tanya pada mereka apakah mereka mahu cuba bertanding dalam kelas lebih berat. Jika tidak, mereka tidak akan dapat merasa Sukan SEA, yang mengenakan peraturan baru.



"Jadi, mereka membuat keputusan dan berlatih bersungguh-sungguh untuk kelas berat baru," kata Sheik Alau'ddin.



Hanya kelas E dan F acara tanding puteri, dan kelas B hingga H, J dan Terbuka acara tanding putera dipertandingkan dalam Sukan SEA Vietnam.



Antara hasilnya ialah Nurul Suhaila Mohd Saiful dinobatkan sebagai juara baru, merangkul emas pertamanya dalam acara tanding puteri kelas E (65-70kg).



Juara dunia itu hanya mampu meraih gangsa dalam tiga Sukan SEA lalu - tanding puteri kelas D (60-65kg) pada 2015 serta 2017 dan kelas B (50-55kg) pada 2019.



"Suhaila boleh berbangga dengan usahanya. (Siti) Khadijah (Mohd Shahrem, yang menang pingat gangsa dalam tanding puteri kelas F) juga berpeluang bertanding di separuh akhir... Jadi, saya fikir ia pengalaman baik untuk mereka," ujar Sheik Alau'ddin



Ujian besar seterusnya pasukan silat Singapura ialah dalam gelanggang Kejohanan Sedunia Pencak Silat ke-19 di Malaysia pada Julai. ► ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >