Pemain S'pura jaya ke Kejohanan Tchoukball Belia Sedunia selepas kalahkan Taiwan
Premium
Pemain S'pura jaya ke Kejohanan Tchoukball Belia Sedunia selepas kalahkan Taiwan
Aug 20, 2019 | 5:30 AM
KEKAL JUARA DUNIA: Pasukan bawah 18 tahun Singapura beraksi dalam perlawanan akhir Kejohanan Tchoukball Belia Sedunia menentang Taiwan kelmarin di Our Tampines Hub. Singapura kekalkan gelaran juara selepas membenam pasukan lawan 38-30. - Foto BH oleh ONG WEE KIAT -
PEMAIN Singapura berjaya ke Kejohanan Tchoukball Belia Sedunia dengan kegigihan untuk mengulangi kemenangan treble bersejarah mereka pada 2015.
Walaupun kehilangan gelaran juara bawah 18 tahun lelaki dan bawah 12 tahun perempuan daripada pasukan pilihan pertama Taiwan dalam kejohanan itu kelmarin, pasukan bawah 18 tahun perempuan memberikan Singapura sebab untuk bersorak selepas berjaya mengalahkan Taiwan untuk menghalang mereka daripada memenangi semua takhta di Our Tampines Hub.

