Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN PARA BELIA ASIA BAHRAIN

Team SG cemerlang dengan lima emas, tiga perak dan dua gangsa

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



TEAM Singapore mengakhiri penyertaan mereka dalam Sukan Para Belia Asia (AYPG) di Bahrain dengan 10 pingat - lima emas, tiga perak dan dua gangsa.



Ia persembahan kedua terbaik atlet Singapura di temasya sukan itu.



Perenang Colin Soon memenangi pingat emas sekali lagi, sambil mencatat masa peribadi terbaik dan rekod negara baru 1:02:00 dalam acara gaya bebas 100 meter (Lelaki 12-16).



Colin menjadi atlet Singapura paling banyak memenangi pingat - emas dalam empat acara - termasuk mencatat tiga masa peribadi terbaik dan memecahkan dua rekod negara.



Atlet lain yang memenangi pingat termasuk Aloysius Gan dan Yan Jia Yi, yang berganding untuk memenangi pingat perak dalam acara Boccia BC3.



Seorang lagi perenang, Darren Chan, memenangi pingat gangsa.



Mengulas mengenai pencapaian Team Singapore, Chef de Mission Singapura bagi AYPG Bahrain 2021, Theresa Goh, yang juga bekas atlet para negara, berkata:



"Pengalaman sebagai Chef de Mission adalah sesuatu yang amat saya hargai. Saya dapat melihat bagaimana pertandingan ini dilaksanakan dari kaca mata berbeza dan saya dapat menghargai dengan lebih baik lagi apa yang diperlukan dalam sukan persembahan tinggi, meskipun setelah sekian lama saya berkecimpung sebagai atlet".



Goh menambah bahawa meskipun atlet Singapura berdepan beberapa kesukaran pada mulanya, ia mencerminkan semangat juang mereka yang tinggi untuk mengharungi cabaran masing-masing.



"...mereka capai apa yang mereka mahukan di sini dan saya amat berbangga dengan setiap daripada mereka. Kejayaan membawa pulang 10 pingat dan persembahan kedua terbaik dalam AYPG adalah sesuatu yang amat memberangsangkan.



"Saya berharap para atlet dapat memanfaatkan pengalaman ini untuk mendorong mereka ke tahap seterusnya dan saya tidak sabar melihat mereka beraksi dalam pertandingan-pertandingan akan datang," ujar beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >