Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Teknologi bagi kelab SPL tingkat kecergasan, kelakonan pemain

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kelab Liga Perdana Singapura (SPL) akan diberi alat khas yang boleh dipakai pemain untuk memantau kecergasan, kelajuan dan kelakonan mereka di padang, pada musim akan datang ini.



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengikat satu perjanjian dua tahun dengan sebuah firma teknologi sains bola sepak Korea Selatan, Fitogether, bagi berbuat demikian. Perjanjian itu bernilai sekitar $620,000.



Semua lapan kelab SPL akan dilengkapi dengan alat sistem kedudukan sejagat (GPS) dan peralatan lain bagi menjejak pemain.



Ketua sains bola sepak di FAS, Encik Haiyum Jaafar, berkata kepakaran yang disediakan Fitogether membantu kelab SPL menggunakan teknologi canggih untuk mencongak kelakonan pemain, serta membangun dan melaksanakan program latihan lebih baik bagi mempertingkat mutu permainan.



Di Eropah, terutama dalam Liga Perdana England (EPL), alat GPS menjadi aksesori latihan dan perlawanan biasa sejak 10 tahun lalu. Antara lain, alat itu membolehkan kelab mengumpulkan data mengenai jarak larian pemain, kelajuan mereka pada jarak larian mereka, dan bahagian padang yang dijejaki mereka semasa latihan atau perlawanan.



Ini membantu jurulatih membentuk gambaran keadaan dan sikap pemain - yang digunakan bagi membuat keputusan taktikal - dengan lebih tepat.



Langkah FAS itu sebahagian daripada usahanya meningkatkan mutu liga dengan membantu pemain menjadi lebih cergas dan lebih pantas. Dalam usaha sebelum ini, ia menggantikan ujian larian 2.4 kilometer dengan Ujian Yo-Yo, pada permulaan musim 2018.



Jurulatih kecergasan Geylang International Razif Ariff, yang juga berperanan sebagai penganalisis video, berkata beliau mengalu-alukan peluang menerapkan teknologi dalam usaha menjejak kelakonan dan kecergasan pemain.



Menurutnya, Geylang pernah menggunakan alat Fitogether dan kagum akan keupayaannya membantu dalam mengatur strategi semasa latihan dan perlawanan.



"Hubungan ini (antara FAS dengan Fitogether) memberi manfaat kepada seluruh liga dalam usaha mempertingkat mutu permainan," kata Razif.



Jurulatih Tampines Rovers Gavin Lee, yang pasukannya menggunakan sistem Fitogether musim lalu, berkata alat itu membantu memberi pengesahan bagi perkara yang dilihat di padang.



"Kadangkala, kami menyangka seseorang pemain tidak berlatih atau beraksi sebagaimana yang dijangka, tetapi data yang dikumpulkan menunjukkan beliau sebaliknya berlari lebih jauh daripada biasa.



"Saya rasa adalah baik bagi bola sepak Singapura apabila kita menarik pelabur dan rakan kongsi baru dalam bidang berbeza, seperti sains sukan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >