Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TEMASYA SUKAN PARALIMPIK MUSIM SEJUK TUTUP TIRAI

Temasya Beijing labuh tirai, terus dibayangi kontroversi larangan atlet Russia, Belarus

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing telah ditutup secara rasmi kelmarin, dengan pertandingan itu ditimpa kontroversi atas larangan yang dikenakan kepada atlet Russia dan Belarus daripada menyertainya kerana peperangan yang sedang berlaku di Ukraine.



Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Paralimpik (IPC), Encik Andrew Parsons, telah merasmikan penutupan temasya itu sambil memuji "perancangannya yang sangat baik, tempat acara yang menarik serta aksi sukan yang hebat" semasa majlis penutupannya di stadium 'Sarang Burung' ibu kota China itu.



Beliau juga memuji para atlet yang disifatkannya "lambang harapan dan pejuang keamanan".



Majlis penutupan warna-warni itu turut dihadiri Presiden China, Encik Xi Jinping.



Ia menunjukkan logo Beijing 2022 berbentuk sebuah pemain rekod vinyl setinggi 55 meter yang berputar di bawah sebuah emping salji.



Selepas lagu pembukaan yang dimainkan oleh empat pemain hap, atlet berarak di sekeliling stadium itu untuk memberi tepukan bersama dengan relawan penari berpakaian baju motif emping salji berwarna putih dan biru.



Bendera Paralimpik kemudian diturunkan dan dihulurkan kepada wakil Sukan Paralimpik Musim Sejuk Milano, Italy, atau Milano-Cortina, yang akan mengadakan Sukan Paralimpik 2026 di situ, sebelum satu persembahan dram diadakan untuk menutup majlis berkenaan.



"Di Kampung Paralimpik terdapat bermacam-macam (wakil) negara, pelbagai pandangan dan pelbagai keupayaan. Perbezaan (yang kami mempunyai) tidak memisahkan kami. Malah, ia membuat kami bersatu," kata Encim Parsons dalam ucapannya.



"Dengan perpaduan ini kami mempunyai harapan. Harapan bagi penyertaan inklusif, harapan bagi harmoni dan lebih penting lagi harapan bagi keamanan."



Pembukaan temasya sukan itu bagaimanapun diiringi kontroversi berkaitan penyertaan atlet Russia dan sekutunya Belarus sama ada mereka akan dibenarkan bertanding atau tidak.



Pihak IPC pada awalnya berkata ia akan mengizinkan mereka bertanding tanpa menyebelahi pihak, namun selepas menerima ancaman boikot daripada negara peserta lain, pihak penganjur mengambil keputusan melarang atlet kededua negara itu daripada bertanding. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >