Temasya di Vietnam ditunda, mungkin dianjur tahun depan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Temasya di Vietnam ditunda, mungkin dianjur tahun depan

Jul 9, 2021 | 5:30 AM

Temasya di Vietnam ditunda, mungkin dianjur tahun depan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
337a7ac6-2a98-45da-97fb-d71a3f451ee2
-

BANGKOK: Acara Sukan SEA yang dijangka berlangsung di Vietnam tahun ini ditangguh ekoran pandemik dan mungkin diadakan pada 2022, menurut anggota majlis penganjur semalam.

Olimpik serantau itu dijadualkan untuk berlangsung di Hanoi dan 11 lokasi lain dari 21 November hingga 2 Disember.

Namun, Vietnam kini menghadapi cabaran mengawal wabak Covid-19, dan banyak daripada acara Sukan SEA dijangka diadakan di kawasan yang teruk terjejas oleh jangkitan baru.

"Tentunya, Sukan SEA ke-31 tidak akan (dihoskan) tahun ini seperti yang dijadualkan pada November," kata anggota Majlis Sukan dan timbalan setiausaha Jawatankuasa Olimpik Thai Varin Tansuphasiri.

"Vietnam ingin menangguhkan acara itu hingga tahun depan, 2022," katanya.

Tambahnya langkah menangguhkan acara itu disebabkan pandemik dan Vietnam merancang untuk menjadi tuan rumah untuk acara tersebut pada April atau Mei tahun depan.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Vietnam mengumumkan bahawa sembilan juta orang di Bandar Ho Chi Minh akan menjalani perintah berkurung selama dua minggu.

Kelompok virus timbul di banyak kawasan di negeri itu, termasuk di wilayah industri Bac Ninh dan Bac Giang, di mana acara sukan itu dijangka berlangsung.

Vietnam telah mencatat hampir 23,500 jangkitan dan 105 kematian.

Sebelum wabak tersebut, yang bermula akhir April, kurang 3,000 kes jangkitan dilaporkan di Vietnam.

Negara tersebut yang telah menjadi tuan rumah bagi acara Sukan SEA pada 2003, dilaporkan telah memperuntukkan sebanyak AS$69 juta ($91.3 juta) untuk menganjurkan acara sukan itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg