Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Temasya sukan dilancar penuh warna-warni, atlet Team SG sedia juang

Jul 30, 2022 | 5:30 AM
MEGAH WAKIL NEGARA: Kontinjen atlet negara menyertai upacara pembukaan Sukan Komanwel yang meriah semalam. - Foto AFP
MEGAH WAKIL NEGARA: Kontinjen atlet negara menyertai upacara pembukaan Sukan Komanwel yang meriah semalam. - Foto AFP -

SUKAN Komanwel ke-22 dibuka secara rasmi semalam dengan upacara gemilang bak meraikan kemenangan mengatasi pandemik.

Lebih 30,000 penonton membanjiri Stadium Alexander di Birmingham, kebanyakannya tiba lebih awal untuk makan, minum dan bercampur-gaul dengan pelawat dari negara-negara Komanwel.

Kebanyakan yang hadir tidak memakai pelitup, yang kini tidak lagi diwajibkan di England.

Keadaan ini jauh berbeza berbanding upacara pembukaan di Olimpik Tokyo 2020, yang diadakan dalam keadaan hening di stadium yang kosong.

Team Singapura diwakili di Birmingham oleh rombongan 67 atlet yang beraksi dalam sembilan sukan.

Rombongan atlet dan pegawai ini diketuai di upacara pembukaan tersebut oleh pemain badminton Terry Hee dan atlet angkat berat para Nur Aini Yasli yang mengangkat bendera negara.

"Saya berasa amat terhormat menjadi salah seorang pengangkat bendera Singapura di Sukan Komanwel Birmingham 2022 ini kerana ini adalah acara sukan di mana kededua acara para dan acara bagi atlet lain diadakan serentak.

"Saya amat ghairah untuk bertanding dan akan memberikan yang terbaik," kata Nur Aini.

Di edisi terakhir Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada 2018, Singapura membawa pulang sembilan pingat, termasuk lima pingat emas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg