Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ten Hag kritik pasukan selepas Man United hanya seri dengan Palace

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



PENGURUS Eric ten Hag mengkritik Manchester United kerana kurangnya kegigihan bagi mendapatkan lebih banyak gol selepas pasukannya seri 1-1 dengan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana England semalam di Selhurst Park.



United mendahului perlawanan melalui gol Bruno Fernandes pada separuh masa pertama sebelum sepakan percuma dalam waktu kecederaan yang disempurnakan Michael Olise menyelamatkan Crystal Palace.



Ia merupakan tantangan hebat kepada United untuk mendaki tangga kedua dan memberi tekanan kepada pendahulu liga Arsenal menjelang perlawanan mereka di Stadium Emirates Ahad ini.



"Apabila anda sedang memenangi perlawanan, tinggal 2 minit lagi dan Palace tidak mencipta apa-apa peluang selain daripada satu tendangan sudut dan satu sepakan percuma, anda tidak jangka untuk hilang mata," ulas ten Hag.



"Kami harus lakukan lebih banyak untuk dapatkan gol kedua dan kemudian tidak berada dalam situasi yang mana sesuatu peluang baik (bagi pihak lawan) menjejas peluang untuk menang.



"Dalam separuh masa kedua, kami mempunyai banyak ruang untuk menyumbatkan gol kedua lantas menjamin kemenangan. Saya dapat lihat yang kami tidak begitu gigih bagi mendapatkan gol kedua. Agak payah bagi mengatakan sebabnya.



"Saya perlu mengkritik pasukan saya. Dapatkan gol kedua tersebut."



United, yang belum memenangi kejuaraan liga sejak 2013, masih boleh meletakkan tekanan kepada Arsenal sekiranya mereka menewaskan pasukan yang digelar 'Gunners' itu di London utara.



"Kami harus belajar daripada perlawanan ini. Kami tidak dapat mengubah keputusan. Kami menantikannya (perlawanan menentang Arsenal).



"Buat perancangan yang betul dan bersiap sedia bagi perlawanan Arsenal. Pemain harus pastikan mereka sudah bersedia," tambah ten Hag.



Pasukan pimpinannya hampir mendapatkan gol pertama pada awal perlawanan apabila tendangan bola oleh Luke Shaw melewati gawang gol.



Pemain terbaru United, Wout Weghorst, membuat penampilan sulungnya selepas dipinjamkan daripada Burnley selepas tempohnya bersama pasukan Besiktas berakhir.



Peluang gol bagi penyerang Belanda ini tampil pada minit ke-70 apabila tandukannya daripada bola hantaran lintang Luke Shaw tersasar melewati gawang.



Bagi Palace pula, mereka memperkasakan serangan setelah menahan asakan United untuk separuh masa pertama menerusi sepakan kencang Odsonne Edouard dari 25 meter namun ditepis penjaga gawang United, David de Gea.



Perlawanan ini juga memperlihatkan kebijaksanaan Christian Eriksen dalam mengatur gerakan bagi menghasilkan gol pertama United apabila hantarannya menemui Fernandes sebelum ia dirembat kencang melewati gawang Palace.



United mengekalkan momentum pada babak kedua, dibantu oleh permainan hebat yang dipaparkan oleh pemain midfield asal Brazil, Casemiro.



Dalam pada itu, harapan Marcus Rashford untuk menjadi pemain United pertama sejak Ruud van Nistelrooy pada 2003 untuk menjaringkan gol dalam lapan penampilan berturut-turut ranap setelah tendangannya melesat luas dari pinggir gawang dan asakan United semakin pudar sehingga wisel penamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >