Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemindahan pemain

Aug 19, 2022 | 5:30 AM
Christian Pulisic - Foto-Foto AFP, REUTERS & EPA-EFE
Christian Pulisic - Foto-Foto AFP, REUTERS & EPA-EFE -

Dengan tinggal 12 hari sebelum jendela pemindahan pemain di England ditutup, kelab yang dilanda krisis Manchester United, kini gigih cuba mendapatkan pemain baru untuk memperkukuh skuad mereka.

Ten Hag mahu pinjam Pulisic dari Chelsea

PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag, dilaporkan minat mendapatkan khidmat pemain midfield Amerika, Christian Pulisic. Pemain berusia 28 tahun itu dikatakan terbuka mahu menyertai United sebagai pemain pinjaman dari kelabnya, Chelsea.

Bek kanan baru bagi Man United?

'THE Red Devils' dikatakan sedang berunding dengan Borussia Dortmund untuk mendapatkan tandatangan bek kanan Belgium, Thomas Meunier, 30 tahun.

Namun, rundingan tersebut bergantung kepada kejayaan mereka menjual Aaron Wan-Bissaka, 24 tahun, ke Crystal Palace.

Tawaran bagi Joao Felix ditolak

SELAIN di England, United juga aktif di Sepanyol dengan mengemukakan tawaran £110 juta bagi pemain penyerang Atletico Madrid, Joao Felix, 22 tahun. Namun, Atletico telah menolak tawaran tersebut bagi bintang Portugal itu.

Sporting mahukan Ronaldo

KELAB Portugal, Sporting Lisbon telah memberitahu United bahawa mereka berminat mendapatkan khidmat penyerang, Christiano Ronaldo. Bintang penyerang berusia 37 tahun itu dikatakan mahu meninggalkan United dan terbuka kembali ke kelab di mana kerjaya beliau bermula lebih dua dekad lalu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg