Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ten Hag mahu United julang lebih banyak trofi

Feb 27, 2023 | 4:30 PM
Manchester United meraikan kejayaan selepas memenangi pertandingan akhir perlawanan bola sepak Piala Carabao antara kelab itu dengan Newcastle United.
Manchester United meraikan kejayaan selepas memenangi pertandingan akhir perlawanan bola sepak Piala Carabao antara kelab itu dengan Newcastle United. - EPA-EFE

LONDON: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, menggesa United untuk menggunakan kemenangan final Piala Liga mereka menentang Newcastle pada Isnin (27 Feb) sebagai dorongan bagi kejayaan yang berterusan. Ini setelah United merangkul trofi utama yang pertama dalam enam tahun apabila tandukan Casemiro dan gol sendiri jaringan Sven Botman mengesahkan kemenangan 2-0 United di Wembley. Ten Hag berjaya memacu perubahan dalam musim pertamanya sebagai pengurus United, sebuah kelab yang berhadapan beberapa isu semasa beliau tiba dari Ajax pada 2022. Jurulatih asal Belanda itu telah mengemudi United ke tangga ketiga dalam Liga Perdana England, dan mereka kekal dalam persaingan untuk menambah trofi Piala FA dan Liga Europa di bawah pengurusannya. Newcastle melangkahkan kaki ke dalam perlawanan ini dengan harapan untuk menjulang piala pertama kelab itu dalam 54 tahun, tetapi prestasi United yang tenang dan yakin memperlihatkan impak yang telah diterapkan ten Hag dalam pasukan. Namun demikian, beliau tidak ingin pemain United terlalu bergantung kepada pencapaian yang baru dikecapi ini. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg