Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Ten Hag: Man U hebat! kami mahu terus menang

Red Devils dan Juventus mara ke pusingan 16 pasukan terakhir
Feb 25, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pasukan Manchester United mencatatkan kemenangan ke atas Barcelona dalam perlawanan kedua pusingan 32 pasukan terakhir Liga Europa pada Jumaat.



Kemenangan 2-1 United di Old Trafford sekali gus meranapkan impian Barcelona untuk melangkah ke pusingan 16 pasukan terakhir.



Pemain gantian United, Fred dan Antony, masing-masing menjaringkan gol pada babak kedua di hadapan Stretford End.



United ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama selepas Robert Lewandowski menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah Bruno Fernandes mengasari Alejandro Balde.



Namun kemasukan Antony, yang menggantikan Wout Weghorst, mengubah tempo permainan United dengan menyuntik kepantasan pada serangan United.



United akan ke Wembley pada Isnin untuk menentang Newcastle bagi perlawanan akhir Piala EFL bagi memenangi piala pertama mereka sejak 2017.



Bagi Barcelona pula, ia adalah kali pertama mereka tersingkir daripada kejohanan Eropah tanpa menjejak pusingan 16 pasukan terakhir sejak 1998-99.



Ia juga kekalahan pertama Barcelona sejak Oktober, lantas menamatkan pencapaian 18 perlawanan tanpa kalah.



Pengurus pasukan United, Erik ten Hag, mengulas selepas perlawanan kepada BBC:



"Ia adalah malam yang mengagumkan. Saya fikir ia hebat untuk menewaskan Barcelona, lebih-lebih lagi mereka berada lapan mata di hadapan Real Madrid dalam La Liga dan kami dapat lihat cara Real Madrid bermain pada minggu ini.



"Prestasi kami hebat dan kami perlu teruskannya bagi musim ini supaya kami boleh memenangi perlawanan."



Beliau menambah United mempunyai ramai personaliti hebat seperti David De Gea, Raphael Varane, dan Lisandro Martinez, antara lain, yang mempunyai mentaliti ingin menang.



"... anda dapat lihat (mentaliti ingin menang) ini dalam pemain gantian, mereka membawa tenaga dan kualiti serta dinamik yang berbeza dalam perlawanan.



"Semua pemain gantian, bukan saja dalam perlawanan ini, beraksi dengan cemerlang," tambahnya.



Tambahan juga, prestasi Fred dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini memberangsangkan.



Ini di sebalik penampilan beliau yang tidak begitu kerap dalam kesebelasan utama.



Ten Hag akur bahawa sesiapa saja yang bermain secara kerap untuk pasukan nasional, lebih-lebih lagi Brazil, merupakan pemain yang hebat dan perlawanan ini jelas memaparkannya.



Fred mengatur gerakan bijak di petak penalti pihak lawan apabila beliau memasuki ruang bebas yang tidak diawasi pemain midfield Barcelona, Frenkie de Jong, lantas merembat gol pertama United hasil hantaran daripada Bruno.



Susulan gol tersebut, pengaruh Fred lebih ketara dan ia mengubah rentak permainan United - serangan kilat Barcelona pantas dicantas United dan mematikan gerakan pihak lawan.



Dalam pada itu, Juventus menewaskan Nantes 3-0 di padang lawan setelah Angel Di Maria berjaya menjaringkan hat-trick untuk membantu pasukannya mara ke pusingan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >