Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ten Hag 'puas hati' dengan kemenangan Man U

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



TUGAS Erik ten Hag sebagai pengurus Manchester United bermula dengan baik apabila membelasah Liverpool 4-0 di Bangkok kelmarin.



Jurulatih Belanda itu berkata beliau "berpuas hati" selepas kemenangan perlawanan persahabatan itu tetapi memberi amaran untuk tidak "membuat anggaran berlebihan" mengenai keputusan menentang musuh ketat mereka dan menambah bahawa Jurgen Klopp memainkan "tiga pasukan" dalam perlawanan itu.



Klopp, yang menggunakan lebih 30 pemain dalam perlawanan itu, memberikan penampilan sulung kepada pemain baru yang pindah pada musim panas, Fabio Carvalho dan Darwin Nunez.



Namun, beliau berkata ia "tidak masuk akal" untuk menganalisis persembahan mereka dan "perlawanan itu datang terlalu awal" dalam rancangan pramusimnya.



United telah mengalami beberapa bulan yang buruk sebelum ini dan mereka masih belum jelas dalam menyelesaikan masalah mereka.



Tetapi, mereka perlukan sesuatu yang positif semasa tempoh ten Hag menyesuaikan diri dan keputusan ini amat bermakna.



Bekas pengurus Ajax itu berkata terdapat "banyak kesilapan" dalam permainan United.



Beliau juga mengaku Liverpool terkena tiang tiga kali dan penjaga gawang David De Gea menghalang mereka sekurang-kurangnya tiga kali lagi.



Tetapi, seperti apa yang dikatakan Klopp: "Keputusannya jelas".



"Saya telah melihat beberapa perkara yang sangat baik dan saya fikir apa yang anda lihat ialah kami mempunyai banyak kreativiti dan kepantasan di depan, jadi kami mempunyai potensi," tambah Ten Hag, yang turut memuji semangat pasukannya.



Ia adalah permulaan yang baik untuk ten Hag sebelum United menuju ke Australia untuk tiga perlawanan persahabatan lain.



Dalam pada itu, pemain tengah Brazil, Fred berjaya menunjukkan mutu beliau bersama United di dalam perlawanan itu.



Beliau telah menimbulkan pendapat berbeza di antara penyokong United, dan dengan ten Hag mengutamakan bahagian tengah untuk diperkukuhkan pada musim panas ini, dengan mengejar Frenkie De Jong dari Barcelona, tempat Fred di dalam pasukan itu tidak boleh disia-siakan.



Bagaimanapun, bekas pengurus, Ole Gunnar Solskjaer dan pengurus sementara Ralf Rangnick kedua-duanya memuji sumbangan pemain tengah itu dan kehadiran berterusannya dalam skuad Brazil menafikan tanggapan negatif terhadapnya.



Sumbangan golnya buruk sejak menyertai United pada 2018, dengan lapan gol dalam 156 penampilan.



Namun, Fred menjaringkan gol yang dianggap peminat di media sosial sebagai 'gol musim ini' kelab itu.



Agak melampau untuk perlawanan pramusim pertama, tetapi jaringan 'chip' yang melepasi jangkauan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, sangat hebat.



Selain beliau, Anthony Martial juga menunjukkan kepada Ten Hag apa yang beliau mampu lakukan dengan sumbangan gol ketiga United.



Selepas kegagalan semasa dipinjamkan ke Sevilla musim lalu dan ketidakpastian mengenai masa depan Cristiano Ronaldo, nampaknya Martial akan memulakan musim ini bersama United. - Agensi berita.




PIALA SINGAPURA STANDARD CHARTERED



"Saya telah melihat beberapa perkara yang sangat baik dan saya fikir apa yang anda lihat ialah kami mempunyai banyak kreativiti dan kepantasan di depan, jadi kami mempunyai potensi."
- Erik ten Hag.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >