Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ten Hag puji Antony, akur perjalanan MU masih jauh

Dari tangga corot EPL, Man United kini di tangga kelima selepas empat kemenangan berturut-turut
Sep 06, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, menekankan penjaring gol dalam penampilan pertamanya bagi kelab Red Devils itu, Antony, telah menyerlahkan semangat dan keberanian yang mendorong beliau membelanjakan £82 juta ($136 juta) untuk pemain sayap asal Brazil itu.



Antony menjadi pemain keempat termahal dalam Liga Perdana England (EPL) sebaik menyempurnakan pemindahannya dari Ajax Amsterdam Khamis lalu.



Pemain berbakat berusia 22 tahun itu membuka tirai jaringan dalam kemenangan 3-1 United ke atas Arsenal.



"Saya amat mengenali beliau," kata Ten Hag.



"Di padang, beliau menunjukkan keberanian. Semasa berbincang untuk mendapatkan pemain, kami mahukan pemain yang mempunyai kewibawaan, karakter yang betul, yang boleh berjuang dan bertarung," tambahnya.



Dalam perlawanan di Old Trafford itu, Antony menunjukkan sifat-sifat tersebut dengan sentiasa mengasak pemain Arsenal dan meletakkan mereka di bawah tekanan hebat setiap kali anak didik Mikel Arteta menguasai bola.



Aksi bertenaga tersebut beliau pamerkan sepanjang perlawanan sehinggalah beliau digantikan pada minit ke-60.



Meskipun dengan persembahan sulung yang baik itu, Ten Hag berkata Antony masih memerlukan sedikit masa untuk mencapai tahap 100 peratus.



"Beliau terlepas beberapa minggu latihan, jadi ada kekurangan dari segi ketajamannya, tapi kita boleh lihat potensinya.



"Beliau tangkas dan berani menggelecek bola dan mengasak lawan. Intensiti dalam liga ini adalah tinggi, dan ini akan menjadi cabaran utama Antony," kata pengurus baru United itu.



Perbezaan suasana di sekitar Old Trafford amat ketara, berbeza daripada awan mendung yang menyelubungi kelab gergasi bola sepak dunia itu apabila mereka tewas dalam dua perlawanan pembukaan musim ini.



Empat kemenangan berturut-turut - pertama kali sejak April 2021 - telah melihat United mendaki tangga EPL dari tangga corot ke tangga kelima.



Lebih penting lagi, kemenangan ke atas Liverpool dan Arsenal mencerminkan bahawa Ten Hag sedang membentuk sebuah pasukan yang mampu mengembalikan zaman kegemilangan kelab tersohor itu.



Bagaimanapun, pengurus asal Belanda itu menekankan perjalanan pasukannya masih lagi di permulaan dan laluannya adalah panjang dan mencabar.



"Saya faham penyokong kami sedang dilamun mimpi.



"Tapi kami masih lagi di peringkat awal proses pembangunan semula dan perjalanan pasukan ini masih jauh lagi," tegas beliau.



"Kami sebagai sebuah pasukan, sebuah kelab, harus terus bekerja keras, memupuk sikap dan mentaliti yang betul. Kami meletakkan standard tinggi ke atas diri kami setiap hari.



"Setiap individu di kelab ini harus memberikan yang maksimum, setiap hari. Masih ada banyak lagi ruang untuk diperbaiki," tambahnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >