Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMAIN DALAM SOROTAN

Ten Hag samakan Rashford dengan Mbappe

Dec 19, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United Erik ten Hag berkata beliau melihat persamaan antara penyerang kelab itu Marcus Rashford dan bintang Perancis Kylian Mbappe. Rashford penjaring gol terbanyak England di Piala Dunia Qatar 2022, tetapi impian mereka menjulang piala itu ditamatkan oleh Perancis.



Ten Hag berkata: "Dari saat pertama saya mengenali potensinya yang besar. Apabila Marcus berada di belakang barisan pertahanan, hampir tiada pemain lebih baik daripadanya di dunia pada masa ini, kecuali Mbappe."



Rashford akan kembali beraksi bagi United apabila Liga Perdana disambung pada 26 Disember selepas rehat Piala Dunia. Beliau terkial-kial musim lalu, gagal memberi impak selepas terlepas permulaan kempen berikutan pembedahan bahu.



Rashford menjaringkan hanya empat gol dalam 25 penampilan Liga Perdana - kali pertama beliau gagal mencapai angka berganda sejak 2017-18 - dan kehilangan tempat dalam skuad nasional.



Tetapi Rashford telah membalas kepercayaan yang ditunjukkan kepadanya musim ini oleh ten Hag, dengan menjaringkan lapan gol dalam 19 perlawanan dalam semua pertandingan. Dengan empat gol liga setakat musim ini, pemain berusia 25 tahun itu sudah pun menyamai jumlahnya pada 2021-22.



Selain ancaman yang Rashford boleh lakukan belakang barisan pertahanan, ten Hag berasa beliau juga sedang mengembangkan permainannya apabila bola tidak berada pada United. Ini termasuk tekanan tinggi, sesuatu yang dikritiknya semasa Ralf Rangnick mengurus United musim lalu.



Jaringan Phil Foden bagi England ketika menentang Wales adalah satu contoh yang disebut ten Hag tentang usaha baik Rashford untuk mengenakan tekanan ke atas bek kiri Wales Ben Davies.



"Saya melihat beliau mengenakan tekanan sepanjang masa," kata ten Hag. "Rashford melakukan kerja sangat baik bagi England."



Selain menyumbang kepada gol Foden, Rashford menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.



Seperti rakan sepasukannya seperti David de Gea, Diogo Dalot, Luke Shaw dan Fred, kontrak Rashford tamat pada hujung musim.



Ten Hag berkata United kekal menga-wal keadaan kerana "mereka mempunyai pilihan" untuk melanjutkan kontrak Rashford selama satu musim tambahan dan "mereka akan melaksanakan pilihan itu".



Bagaimanapun, ada desas-desus berulang kali tentang tawaran wang yang besar bagi Rashford daripada Paris St-Germain. Wakil Rashford bertemu pasukan Perancis itu pada Ogos.



Ten Hag berkata walaupun beliau mahu Rashford kekal di United, perkara itu bukan dalam kawalannya.



"Beliau perlu membuat keputusan. Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah menunjukkan kepadanya bahawa ini adalah kelab terbaik untuknya.



"Sebabnya berkaitan dengan budaya kelab dan juga dalam cara kami bekerja, dalam cara kami bermain dan berlatih, dan jika kami menawarkan persekitaran sesuai untuk maju.



"Ini adalah isu kewangan juga. Jika begitu, terpulang pada beliau untuk membuat keputusan. Tetapi untuk satu setengah tahun, beliau akan berada di sini," kata ten Hag. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >