Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Ten Hag terbukti beri kesan positif pada Man U

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus baru Manchester United, Erik ten Hag, berkata beliau telah menyaksikan " banyak kemajuan" daripada pasukannya sewaktu perlawanan persediaan mereka menghadapi Liga Perdana England di Thailand dan Australia selama dua minggu.



Adakah beliau maksudkan kemajuan dari hari pertama latihan pramusim pada penghujung Jun? Atau kemajuan selepas mereka mengalami kekalahan 0-1 di Crystal Palace pada hari terakhir musim lalu, ketika Ten Hag berada di stadium Selhurst Park menyaksikan perlawanan itu?



Walau apa pun, kehadiran Ten Hag terbukti telah memberi kesan yang positif.



Sebelum ini beliau pernah mengadu kerana pihak media berada terlalu dekat dengan pemain ketika mereka sedang berlatih, sambil menekankan bahawa waktu rehat juga merupakan sebahagian daripada latihan, mengingatkan kakitangan United bahawa waktu itu boleh digunakan untuk melakukan kegiatan yang tiada kaitan dengan bola sepak.



Jelas, bekas pengurus Ajax berusia 52 tahun itu tidak membuang masa melakukan perubahan dalam kelab itu.



KETEGASAN TEN HAG



Tanggapan awal mengenai cara Ten Hag mengendalikan pasukan United sangat positif sewaktu empat minggu beliau bersama dengan para pemainnya.



Sama ada ia memberikan respon dengan kata-kata cacian apabila pemainnya tidak memberikan yang sepenuhnya sewaktu latihan atau meniup wiselnya untuk mengulangi latihan yang tidak memuaskan hatinya, Ten Hag tidak gentar untuk untuk menunjukkan ketegasannya.



"Beliau tidak akan melayan perkara-perkara remeh" menurut pemerhatian sumber yang dekat dengan kelab itu.



Jika pemain lewat hadiri latihan atau mesyuarat pasukan, mereka diberitahu perlakuan mereka tidak boleh diterima dengan cara yang tegas.



Walaupun sikap tegas memang sudah biasa sejak dulu di Manchester United, cara United hanyut ditengah-tengah musim lalu menunjukkan bahawa mesej sedemikian diambil remeh oleh para pemain.



Kini keadaan dalam kelab jelas berbeza.



MENDAPATKAN PRESTASI TERBAIK DARI MARTIAL



Sekiranya Anthony Martial cemerlang semasa tempoh pinjamannya di Sevilla pada separuh kedua musim lalu, beliau mungkin tidak berada di United sekarang.



Sebaliknya, Sevilla memutuskan tidak menandatangani pemain Perancis itu secara tetap, selepas beliau hanya mampu menjaringkan satu gol dalam 12 perlawanan untuk pasukan La Liga itu.



Mungkin ia satu perkara yang terbaik untuk Martial.



Kini di bawah Ten Hag, Martial telah diberikan kepercayaan untuk mengemudi bahagian serangan United.



Beliau telah membuktikan kebolehannya selepas beraksi cemerlang sewaktu perlawanan pramusim dengan menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama, dan beliau kini kelihatan lebih berbahaya.



Tidak pernah ada keraguan terhadap kemampuan Martial. Isunya ialah bagaimana pemain itu mampu kekal konsisten bagi setiap perlawanan.



Masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada Ten Hag telah membuat keputusan bagaimana beliau mahu manfaatkan Martial dan sama ada pemain itu akan membentuk kesebelasan utamanya.



Pengurus United itu berkata beliau sedang mencari penyerang dan isu Cristiano Ronaldo masih perlu diselesaikan.




Bagaimana masa depan Ronaldo?



Ronaldo hadir dalam taklimat jelajah pramusim Manchester United pada Selasa lalu selepas kelab itu mengesahkan semula bahawa bintang Portugal itu tidak akan dijual.



Pemain berusia 37 tahun itu tiba di kompleks latihan Carrington pada 10 pagi dengan diiringi ejennya, Jorge Mendes, menjelang perbincangan penting mengenai masa depannya selepas memberitahu kelab bulan lalu bahawa beliau ingin mencari kelab baru.



Bagaimanapun, Ronaldo membuktikan sikap profesionalnya apabila menyertai rakan sepasukan United dan pemain baru Christian Eriksen serta Lisandro Martinez untuk mesyuarat selama 90 minit dengan Ten Hag bagi membuat analisis mengenai persembahan mereka sewaktu di Thailand dan Australia baru-baru ini.



Ronaldo masih mahu menyertai kelab yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.



Beliau terus dikaitkan dengan beberapa kelab - termasuk Atletico Madrid. Minggu lalu, Presiden Atletico Enrique Cerezo menolak kemungkinana itu dan berkata kelab itu tidak mampu membeli Ronaldo.



Walau bagaimanapun, Ten Hag berkata beliau masih ingin bekerjasama dengan Ronaldo dan berharap pemain itu akan kekal terus bersama United. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >