Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ten Hag tidak bimbang reputasi tergugat ambil alih United

May 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Erik Ten Hag berkata beliau tidak bimbang reputasinya sebagai pengurus yang berkaliber akan tergugat kerana mengambil alih jawatan pengurus di Manchester United.



Beliau juga berkata era Klopp-Guardiola boleh berakhir, dalam wawancara rasmi pertama di Old Trafford.



Ten Hag, 52 tahun ialah pengurus kelima yang dilantik di sana sejak pengurus bertaraf legenda Alex Ferguson bersara pada 2013.



"Saya tidak lihat keadaan ini sebagai satu risiko. Pada saya, kelab ini ada sejarah yang hebat... kini kita haru melakar masa depan yang lebih hebat," ujar beliau.



Dalam wawancara yang dilakukan kurang 24 jam selepas United tewas 0-1 kepada Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) terakhir musim ini, Ten Hag juga berkata pasukannya memerlukan gol.



United mengakhiri musim dengan 58 mata dan di tangga keenam, dengan penyertaan ke Liga Europa dijamin.



Namun kutipan mata itu adalah yang paling rendah sejak musim 1989-1900, dan dicapai hanya semusim selepas ia mengakhiri musim di tangga kedua di belakang Manchester City.



Ten Hag menepis soalan wartawan mengenai bilangan pemain yang ingin dibawanya ke Old Trafford, tetapi berkata beliau masih menjalankan analisis ke atas skuad yang diperolehinya.



"Rancangan yang harus dilaksanakan adalah besar... tetapi kami hanya mempunyai masa yang sikit.



"Saya tidak sabar turun ke padang latihan dengan pemain-pemain ini. Kami berpotensi untuk menjadi lebih baik, sebagaimana yang ditunjukkan dua musim lalu.''



Ditanya mengenai pilihannya sebagai kapten, Ten Hag tidak memberi sebarang jaminan Harry Maguire - yang menjadi sasaran cemuhan penyokong sendiri sepanjang musim lalu - akan kekal sebagai kapten.



"Musim selanjutnya adalah musim baru... tapi beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan hebat," kata Ten Hag.



Mengulas mengenai sama ada Ronaldo, 37 tahun, masih dalam rancangannya bagi musim depan, Ten Hag berkata itu tidak menjadi satu persoalan.



"Sudah tentu," kata beliau, ringkas, mengenai penglibatan Ronaldo, yang menjaringkan 24 gol untuk menjadi penjaring utama pasukan musim lalu.



Beliau juga akur kagum dengan apa yang dicapai oleh Pep Guardiola di Manchester City dan Juergen Klopp di Liverpool, tetapi berkata era mereka akan berakhir.



"Mereka harus dikagumi... tapi anda akan lihat, era mereka akan berakhir.



"Saya menanti saat untuk bersemuka dengan mereka," kata beliau.



Dalam pada itu, pemilik bersama United, Avram Glazer berkata beliau akur musim ini begitu mengecewakan, tetapi mempertahankan cara keluarganya menguruskan United.



"Kami sentiasa membelanjakan wang," kata Glazer.



United memikat Ronaldo kembali ke kelab itu pada musim panas lalu dan telah membelanjakan wang yang lumayan untuk membeli Paul Pogba £89 juta ($153 juta) pada 2016, Harry Maguire (£80 juta) dan Jadon Sancho (£72 juta).



"Musim lalu memang mengecewakan, tapi kami akan bekerja bersungguh-sungguh supaya dapat mencipta musim akan datang yang lebih baik," kata beliau.



Dalam pada itu, penjaga gawang United David, De Gea telah menggesa pemain lain yang enggan berjuang bersungguh-sungguh bagi kelab itu atau yang tidak lagi berminat untuk menyarung jersi kelab tersebut supaya beredar.



"Jika sudah tiada hati, tiada guna kekal di sini," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >