Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tenis: Dominika Cibulkova juara WTA Finals Singapura

Oct 31, 2016 | 8:02 AM
Dominika Cibulkova meraikan kejayaannya memenangi kejohanan Pusingan Akhir Persatuan Tenis Wanita (WTA) Singapura BNP Paribas di Stadium Tertutup Singapura pada Ahad (30 Okt).
Dominika Cibulkova meraikan kejayaannya memenangi kejohanan Pusingan Akhir Persatuan Tenis Wanita (WTA) Singapura BNP Paribas di Stadium Tertutup Singapura pada Ahad (30 Okt). - GAMBAR AFP

PEMAIN kecil-kecil cili padi, Dominika Cibulkova, memenangi kejohanan Pusingan Akhir Persatuan Tenis Wanita (WTA) Singapura BNP Paribas dengan mengalahkan pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber, 6-3, 6-4, pada Ahad (30 Okt).

Cibulkova terbaring dan menangis teresak-esak di Stadium Tertutup Singapura selepas mencapai kejayaan itu, yang dibawa oleh SC Global, pada percubaan pertama.

Pemain paling pendek dalam bahagian perseorangan di kejohanan itu, Cibulkova pernah diberitahu bahawa beliau "terlalu kecil untuk bermain tenis".

Tetapi beliau membuktikan kebolehannya, walaupun kalah kepada Kerber, dari Jerman, dalam perlawanan awal pada 23 Okt.

Malah, pemain Slovakia itu berkata kekalahan tersebut memberinya keyakinan beliau boleh menundukkan Kerber.

"Permainan saya cukup baik untuk mengalahkan pemain No. 1 dunia, dan saya memasuki perlawanan akhir dengan keyakinan itu, dan sara berasa demikian daripada mata pertama hingga terakhir," katanya.

Dengan kemenangan itu, Cibulkova akan naik dalam ranking dunia ke tempat kelima daripada kelapan.

Ia kekalahan pertama Kerber dalam kejohanan bernilai AS$7 juta ($9.7 juta) itu, dan beliau memuji lawannya, meskipun mengaku berasa "sedikit kecewa" dengan kekalahan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg