Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tenis: Murray rebut mahkota Wimbledon

Jul 11, 2016 | 7:58 AM
Dengan kejuaraan Wimbledon kedua di dalam tangan, Andy Murray kini mempunyai tiga mahkota Grand Slam, termasuk Terbuka Amerika Syarikat pada 2012.
Dengan kejuaraan Wimbledon kedua di dalam tangan, Andy Murray kini mempunyai tiga mahkota Grand Slam, termasuk Terbuka Amerika Syarikat pada 2012. - REUTERS

LONDON: Andy Murray merangkul kejuaraan tenis Wimbledon keduanya dengan kemenangan straight set ke atas Milos Raonic pada Ahad (10 Jul).

Pemain pilihan kedua dari Scotland itu menjinakkan Raonic, dari Canada, 6-4, 7-6 (7-3), 7-6 ( 7-2) untuk menuntut mahkota Grand Slam ketiga dalam kerjayanya.

Dengan diperhatikan jurulatihnya, Ivan Lendl, Murray memanfaatkan pengalamannya berbanding Raonic, pemain pilihan keenam, untuk mengawal perlawanan dari mula hingga akhir.

Kemenangan itu meneruskan kejayaan luar biasa Murray di bawah bimbingan Lendl, yang beliau alu-alukan kembali ke pasukan kejurulatihannya di Kelab Queen empat minggu lalu.

Dalam tempoh pertama mereka bersama, yang berakhir pada Mac 2014, Murray memenangi Terbuka Amerika Syarikat, Wimbledon dan gelaran Olimpik. - The Guardian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg