Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tenis: Sharapova digantung dua tahun dek dadah, akan merayu

Jun 9, 2016 | 7:28 AM
Gambar fail yang diambil pada 7 Mac 2016 menunjukkan Maria Sharapova bercakap pada sidang akhbar di Los Angeles, Amerika. Beliau digantung dua tahun selepas gagal ujian dadah, umum Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) pada 8 Jun 2016.
Gambar fail yang diambil pada 7 Mac 2016 menunjukkan Maria Sharapova bercakap pada sidang akhbar di Los Angeles, Amerika. Beliau digantung dua tahun selepas gagal ujian dadah, umum Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) pada 8 Jun 2016. - AFP

LONDON: Maria Sharapova digantung dua tahun pada Rabu (8 Jun) kerana gagal ujian dadah, tetapi beliau menegaskan akan merayu terhadap keputusan itu, yang boleh menamatkan kerjayanya.

Bintang Russia berusia 29 tahun itu didapati positif bagi ubat meldonium kontroversial yang diharamkan semasa Terbuka Australia Januari lalu.

Satu kenyataan di laman web Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) berkata satu Tribunal bebas "mendapati Maria Sharapova melakukan suatu Pelanggaran Peraturan Antidadah" dan akibatnya "mengenakan tempoh tidak layak dua tahun, bermula 26 Januari 2016".

Sharapova membidas penggantungan itu sebagai "keras tidak adil" dalam satu kenyataan di laman Facebook peminatnya.

"Walaupun tribunal itu membuat kesimpulan betul bahawa saya tidak sengaja melanggar peraturan antidadah, saya tidak boleh menerima penggantungan dua tahun tidak adil yang keras," ujar Sharapova.

"Tribunal itu, yang anggotanya dipilih oleh ITF, bersetuju saya tidak membuat sembarang kesalahan dengan sengaja, tetapi mereka mahu saya berhenti bermain tenis selama dua tahun. Saya akan segera merayu bahagian penggantungan keputusan itu kepada CAS, Mahkamah Timbang Tara Sukan."

Beliau, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, gagal ujian pada 26 Jan dan didakwa melakukan pelanggaran antidadah pada 2 Mac.

Dalam satu sidang media beberapa hari kemudian, Sharapova mengaku mengambil meldonium tetapi berkata beliau tidak sedar ia termasuk dalam senarai bahan terlarang.

Meldonium dimasukkan ke senarai Agensi Antidadah Dunia (Wada) pada Jan 1. Sharapova berkata beliau telah mengambilnya selama 10 tahun.

Penggantungan beliau dikebelakangkan hingga 26 Jan dan akan tamat pada 25 Jan 2018.

Keputusan Sharapova di Terbuka Australia dibatalkan dan beliau kehilangan hadiah wang serta mata ranking kejuaraan itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg