Premium
S'pura mahu bawa pertandingan Final ATP lelaki ke sini
Senarai lima calon bandar akan didedahkan bulan depan sebelum keputusan akhir dibuat sekitar Mac tahun depan
Nov 30, 2018 | 5:30 AM
BINTANG TENIS DUNIA: Singapura mungkin akan mengalu-alukan kehadiran bintang tenis dunia seperti juara Final ATP tahun ini, Alexander Zverev (kiri) dan Novak Djokovic, jika mendapat lampu hijau menganjurkan kejohanan itu mulai 2021. - Foto EPA-EFE -
SINGAPURA mungkin bakal menyaksikan bintang tenis lelaki terkemuka dunia seperti Novak Djokovic, Rafael Nadal, Andy Murray, dan juara Final ATP 2018, Alexander Zverev bertandang di sini mulai 2021.
Ini setelah Sport Singapore (SportSG), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Hab Sukan Singapura mengesahkan mereka telah mengemukakan tawaran bagi menganjurkan kejohanan tenis penutup musim berprestij - Final ATP bernilai AS$8.5 juta ($11.7 juta), baru-baru ini.

