Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tenis Terbuka Australia: Kerber akan bertemu Williams di final

Jan 28, 2016 | 3:23 PM
Angelique Kerber membuat pukulan balas kilas semasa menentang Johanna Konta dalam separuh akhir Terbuka Australia di Melbourne pada 28 Januari. Kerber menang dan mara ke perlawanan akhir. Gambar AFP
Angelique Kerber membuat pukulan balas kilas semasa menentang Johanna Konta dalam separuh akhir Terbuka Australia di Melbourne pada 28 Januari. Kerber menang dan mara ke perlawanan akhir. Gambar AFP -

MELBOURNE: Angelique Kerber menamatkan perjalanan manis Johanna Konta dalam tenis di Terbuka Australia dengan kemenangan 7-5, 6-2 pada Khamis, untuk mendapat tempat dalam perlawanan akhir Grand Slam pertamanya.

Kerber menundukkan Konta dalam masa 82 minit di Rod Laver Arena untuk bertemu juara bertahan, Serena Williams, yang telah mengalahkan Agnieszka Radwanska.

Konta, wanita Britain pertama mara ke separuh akhir Terbuka Australia dalam 39 tahun, bangkit daripada permulaan tegang untuk menyamai servis dan pukulan kuat lawannya yang berusia 28 tahun itu.

Namun, Kerber, pemain kidal, mengekalkan keadaan tenangnya untuk akhirnya memenangi set pertama dan kemudian set kedua dengan lebih mudah. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg