Perlawanan akan ditangguh akibat asap kebakaran hutan: Penganjur
Premium
Perlawanan akan ditangguh akibat asap kebakaran hutan: Penganjur
Jan 8, 2020 | 5:30 AM
KESIHATAN DIUTAMAKAN: Pegawai rasmi Terbuka Australia boleh menghentikan perlawanan jika asap dari kebakaran hutan menimbulkan bahaya kepada kesihatan pemain, peminat dan kakitangan. - Foto EPA-EFE -
MELBOURNE: Penganjur Terbuka Australia sedang mengawasi mutu udara yang semakin memburuk di Melbourne dan berkata perlawanan mungkin akan ditunda jika keadaan menjadi berbahaya akibat krisis kebakaran hutan.
Ratusan kebakaran telah membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan memusnahkan lebih lapan juta hektar tanah di seluruh Australia sejak beberapa bulan lalu.

