Topik diikuti
Pergi ke BHkuTenis Terbuka AS: Juara bertahan Cilic mara ke separuh akhir
Tenis Terbuka AS: Juara bertahan Cilic mara ke separuh akhir
Sep 9, 2015 | 12:52 PM
Tenis Terbuka AS: Juara bertahan Cilic mara ke separuh akhir
Marin Cilic maju setapak dalam usaha mempertahan mahkota Terbuka AS. -
NEW YORK: Juara bertahan Marin Cilic mensia-siakan tiga mata penamat pada set keempat tetapi pulih dalam set kelima untuk mengalahkan pemain Perancis Jo-Wilfried Tsonga dan maju ke peringkat separuh akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat pada Selasa (8 September).
Pemain Croatia itu menang 6-4 6-4 3-6 6-7 (3) 6-4 dan akan menentang sama ada pilihan utama Novak Djokovic dari Serbia atau pemain Sepanyol, Feliciano Lopez, dalam separuh akhir. - Reuter
