Topik diikuti
Pergi ke BHkuTenis Terbuka AS: Nishikori tundukkan Murray untuk ke separuh akhir

Kei Nishikori merai kemenangannya ke atas Andy Murray dalam kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat pada 7 Sep 2016. - GAMBAR REUTERS
Sep 8, 2016 | 10:51 AM
Tenis Terbuka AS: Nishikori tundukkan Murray untuk ke separuh akhir
NEW YORK: Kei Nishikori mengejutkan Andy Murray untuk mara ke separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat, dan kini memerlukan hanya dua kemenangan untuk menjadi pemain Asia pertama menjuarai Grand Slam perseorangan.
Bintang Jepun berumur 26 tahun itu bangkit secara dramatik untuk menang 1-6, 6-4, 4-6, 6-1, 7-5 ke atas Murray, pemenang Wimbledon dan Sukan Olimpik serta juara Terbuka Amerika 2012.
Lawan Nishikori di separuh akhir sama ada juara Terbuka Amerika 2009, Juan Martin del Potro, atau pemain pilihan ketiga, Stan Wawrinka. - AFP