Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tenis wanita SG disingkir China, pulang tangan kosong

Feng Tianwei sertai Yu Mengyu umum undur daripada Olimpik
Aug 04, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Kempen tenis meja Singapura di Tokyo 2020 telah sampai ke penghujungnya setelah pasukan wanita tewas 3-0 di tangan China di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam.



Dalam perlawanan pembukaan, pasangan beregu China yang terdiri daripada pemain nombor satu dunia dan juara perseorangan wanita Sukan Olimpik Tokyo, Chen Meng dan Wang Manyu - yang menggantikan pemain nombor tujuh dunia Liu Shiwen yang cedera - mengalahkan Yu Mengyu dan Lin Ye 3-0 (11-5, 11-7, 11-5).



Persaingan menjadi lebih sengit dalam perlawanan perseorangan pertama ketika pemain nombor sembilan dunia dari Singapura, Feng Tianwei, berdepan pemain nombor tiga dan pemenang pingat perak, Sun Yingsha.



Namun, kesudahannya sama dengan Sun menang 3-0 (11-8, 11-3, 11-8).



Pemain nombor 60 dunia Lin kemudian dimasukkan untuk menimba pengalaman penting di pentas besar dengan bersaing dalam perlawanan perseorangan pertamanya di Jepun.



Beraksi tanpa sebarang ketakutan, beliau merampas satu permainan daripada pemain nombor empat dunia Wang, yang perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan 3-1 (6-11, 11-9, 11-6, 11-5).



Tokyo 2020 adalah Sukan Olimpik kedua berturut-turut pasukan tenis meja Singapura pulang dengan tangan kosong.



Mereka mencipta sejarah memenangi pingat perak dalam acara pasukan wanita di Beijing 2008 dan menambah dua pingat gangsa dalam acara pasukan dan perseorangan menerusi Feng empat tahun kemudian di London.



Di Sukan Olimpik Tokyo, tempat keempat Yu dalam acara perseorangan wanita adalah keputusan terbaik negara.



Dalam separuh akhir hari ini, China, yang mempunyai rekod sempurna 100 peratus dalam acara pasukan sejak ia diperkenal di Beijing 2008, akan bertemu Jerman, yang menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam suku akhir semalam.



Ppasukan tuan rumah Jepun akan menentang Hong Kong dalam separuh akhir satu lagi.



Sementara itu, Feng, pemain nombor sembilan dunia, mengesahkan temasya Olimpik keempatnya ini - rekod Singapura yang dimilikinya bersama bekas rakan sepasukannya Li Jiawei dan perenang Joscelin Yeo - juga merupakan yang terakhir.



Pemain berusia 34 tahun itu, memberitahu akhbar The Straits Times: "Saya dalam keadaan aman dan ini (berundur diri) bak keputusan semula jadi.



"Tidak ada sebab tertentu. Saya telah bermain di empat Sukan Olimpik, memenangi tiga pingat, dan saya tidak menyesal.



"Saya akan kekal di Jepun untuk bermain di Liga T., yang bermula pada September.



"Bagi Sukan Asia, Komanwel dan SEA pada 2022, kita akan lihat bagaimana. Saya memerlukan sedikit masa untuk berehat sebelum membuat keputusan."



Yu, pemain nombor 47 dunia, sebelum ini telah mengatakan ini akan menjadi Olimpik terakhirnya, tetapi masih terbuka untuk Sukan utama tahun depan.



Kedua-dua atlet itu dilahirkan di China tetapi meninggalkan kampung halaman mereka untuk mengejar kerjaya antarabangsa dan impian Olimpik, dan melakukannya dengan cemerlang.



Walaupun bersengketa dengan Persatuan Tenis Meja Singapura (STTA) pada 2016, Feng tetap meneruskan kerjayanya dan tidak merosot di bawah tangga ke-13 dalam ranking dunia sepanjang 13 tahun lalu.



Walaupun tidak memiliki pingat Olimpik, Yu menunjukkan perssembahan di luar jangkaan di Jepun, menduduki tempat keempat dalam perseorangan wanita.



Tetapi kemunculan bakat muda Cina dan Jepun telah menjadikan tugas mereka lebih sukar.



Selepas pengunduran rakan senegara mereka Wang Yuegu dan Li, Singapura melepaskan kedudukan mereka di tempat ketiga teratas dalam acara berpasukan wanita teratas.



Di Rio 2016, mereka berada di tempat keempat, sekarang mereka hanya layak ke suku akhir.



Di Tokyo 2020, mereka tidak bernasib baik semasa undian. Setelah mengalahkan Perancis 3-0 Isnin lalu, mereka menghadapi China, yang tidak pernah kalahkan dalam format ini di Olimpik sejak ia diperkenal di Beijing 2008. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >