SPH Logo mobile
Langgan|

Tenis Wimbledon: Kerber akan temui Serena dalam final

Tenis Wimbledon: Kerber akan temui Serena dalam final

Jul 8, 2016 | 7:35 AM

Tenis Wimbledon: Kerber akan temui Serena dalam final

Angelique Kerber merai kemenangan 6-4, 6-4 beliau ke atas Venus Williams dalam separuh akhir kejuaraan Wimbledon pada 7 Julai 2016.
Angelique Kerber merai kemenangan 6-4, 6-4 beliau ke atas Venus Williams dalam separuh akhir kejuaraan Wimbledon pada 7 Julai 2016. - REUTERS

LONDON: Angelique Kerber menempah tempat di pertarungan akhir kejuaraan tenis Wimbledon menentang Serena Williams, setelah mengalahkan kakak juara bertahan itu, Venus Williams, 6-4, 6-4 pada Khamis (7 Jul).

Kemenangan Serena ke atas Elena Vesnina dalam separuh akhir pertama awal dari itu menimbulkan kemungkinan dua adik-beradik Williams akan bertarung dalam perlawanan akhir Wimbledon buat kali pertama sejak 2009.

Namun, Kerber mempunyai rancangannya sendiri dan menewaskan juara lima kali Venus, 36 tahun, dalam 71 minit di Centre Court untuk mencapai peringkat akhir Wimbledon buat kali pertama.

Kerber mengejutkan Serena untuk memenangi mahkota Grand Slam sulungnya di perlawanan akhir Terbuka Australia Januari lalu dan pemain berusia 28 tahun itu sekali lagi akan cuba menghalang pemain No 1 dunia itu menyamai rekod 22 gelaran Grand Slam.

Serena Williams mengalahkan Elena Vesnina 6-2 6-0. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg