Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TERBUKA AUSTRALIA

Terbuka Australia diteruskan walau dibayangi Covid-19

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Dalam waktu-waktu biasa, rombongan peminat yang ghairah berjalan sepanjang Sungai Yarra di bawah sinaran matahari musim panas ini berubah menjadi riuh dan mewarnai Melbourne Park pada hari pertama Terbuka Australia.



Tahun ini, bagaimanapun, pemain dan peminat hanya bersyukur Terbuka Australia dapat diadakan.



Berlangsung di negara yang menguatkuasakan antara sekatan yang paling ketat di dunia semasa pandemik koronavirus, kerja keras dan perundingan yang memakan berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil apabila Grand Slam pertama tahun ini membuka tirainya kelmarin.



Penganjur kejohanan mendedahkan bahawa terdapat 17,922 pengunjung pada hari pembukaan ketika bintang-bintang tenis termasuk Novak Djokovic dan Serena Williams beraksi dalam gelanggang.



Ini berbanding 64,387 pengunjung yang hadir tahun lalu.



Bagaimanapun, ia merupakan kemenangan buat penganjur Terbuka Australia.



Tiada kejohanan tenis -mahupun kebanyakan acara lain dalam dunia sukan - dibenarkan menganjur acara seramai ini sejak pandemik bermula.



Ditangguh tiga minggu lewat daripada tarikh kejohanan biasa untuk membolehkan pemain menjalani kuarantin, sehingga 30,000 peminat dibenarkan ke tapak kejohanan setiap hari.



Tempat duduk gelanggang namun tidak penuh dan sesak seperti biasa.



Orang ramai duduk dalam kumpulan masing-masing mengamalkan penjarakan sosial, ramai antara mereka tidak memakai pelitup, meninggalkan sebahagian besar kerusi biru kosong.



Peminat tidak perlu memanjangkan leher dan mencari sudut masing-masing untuk menonton aksi perlawanan, mereka sebaliknya mematuhi protokol yang ketat dan menggunakan sekitar 800 dispenser sanitiser tangan yang disediakan.



Dataran di luar gelanggang tidak sesibuk dengan suasana pesta yang biasa.



Sebaliknya, orang ramai harus klik dan mengambil makanan dan minuman mereka dan mengimbas kod QR untuk penjejakan kontak.



Melbourne Park dibahagikan kepada tiga zon untuk menguatkuasakan penjarakan sosial, dengan maksimum 10,000 penonton di setiap zon.



"Ada begitu banyak ruang, tidak perlu beratur untuk ke tandas atau bar. Anda boleh lakukan semua itu dan ada pemain pilihan kejohanan yang bermain di gelanggang luar," kata pengulas Alison Mitchell, antara mereka yang berada di tempat tersebut.



"Itu adalah perkara gila pada hari pertama."



Mitchell memberitahu Tennis Breakfast dalam rancangan BBC Radio 5 Live Sports Extra bahawa orang ramai tampak bertambah untuk sesi malam.



"Ada sedikit kesibukan," katanya. "Tetapi salah seorang kawan saya - yang memiliki tiket untuk Arena Margaret Court (MCA) - memberitahu saya bahawa dia terima mesej mengatakan sekiranya anda ada tiket sesi siang, anda boleh masuk untuk sesi malam secara percuma.



"Ini menunjukkan pada hari pertama, tiket MCA untuk sesi malam tidak habis dijual, yang juga bermakna penduduk Melbourne rasa gementar untuk masuk ke sini." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >