Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terbuka Singapura dijadual 13 hingga 18 April

Dec 23, 2020 | 5:30 AM
PERSAINGAN KEMBALI: Atlet badminton Jepun Kento Momota menjuarai perseorangan lelaki di Terbuka Singapura tahun lalu. - Foto fail
PERSAINGAN KEMBALI: Atlet badminton Jepun Kento Momota menjuarai perseorangan lelaki di Terbuka Singapura tahun lalu. - Foto fail -

SATU lagi petanda menunjukkan dunia sukan secara bertahap akan kembali bernyawa adalah apabila Persekutuan Sedunia Badminton (BWF) kelmarin mengumumkan kalendar kejohanannya untuk separuh pertama tahun depan, dengan Terbuka Singapura dijadualkan pada 13 hingga 18 April sebagai kejohanan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.

Mac lalu, BWF menggantung semua kejohanan yang dilulusnya tahun ini, termasuk Terbuka Singapura pada 7 hingga 12 April, dan membekukan ranking dunia dan kelayakan Sukan Olimpik akibat pandemik koronavirus.

Sembilan daripada 10 atlet badminton perseorangan lelaki terbaik dunia, termasuk juara bertahan Sukan Olimpik Chen Long, serta semua 10 pemain wanita terbaik, sebelum ini disahkan beraksi dalam Terbuka Singapura yang menawarkan keseluruhan hadiah wang bernilai AS$408,000 (S$577,000).

Dalam edisi tahun lalu, seramai 4,962 penonton hadir di Stadium Tertutup Singapura untuk menyaksikan pemain nombor satu dunia Kento Momota dan Tai Tzu-ying masing-masing memenangi final perseorangan lelaki dan wanita.

Menurut laporan The Straits Times, setiausaha agung BWF Thomas Lund berkata: "Fokusnya adalah untuk mengadakan kejohanan berkelompok di mana yang mungkin, sama seperti yang dirancang untuk pusingan Asia pada Januari di Thailand dan kami jangka mengadakan sejumlah kejohanan dengan cara ini untuk memastikan program kejohanan yang lebih boleh dilaksanakan pada 2021.

"Keadaan Covid-19 terus menyediakan sekitaran yang mencabar untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa, dan meskipun harapannya adalah bahawa vaksin Covid-19 mungkin pada waktunya dapat mencipta dunia dengan kurang sekatan, BWF menjangka bahawa pandemik akan terus mempengaruhi penganjuran kejohanan sepanjang 2021."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg