Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ISU PERKAUMAN DALAM BOLA SEPAK

Terharu terima sokongan anti-perkauman di mural

Jul 15, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Perbuatan ratusan orang yang berhimpun di depan lukisan mural potretnya untuk membantah perbuatan perkauman telah membuatnya tidak terkata, kata pemain Manchester United dan bintang England Marcus Rashford.



Mural di sebuah tembok di Withington, di mana Rashford meningkat dewasa, telah diconteng selepas England tewas kepada Italy di final Kejohanan Eropah (Euro) 2020.



Ia kini telah dicat semula dan ditampal dengan pesanan mengandungi kata-kata sokongan bagi Rashford.



Semalam, orang ramai yang berhimpun di depan tembok itu berlutut semasa mengambil bahagian dalam bantahan anti perkauman 'Stand Up to Racism', di mana beberapa orang berucap kepada seramai 700 orang yang hadir.



Diminta mengulas mengenai perhimpunan itu, Rashford berkata beliau amat tersentuh dan tidak dapat berkata apa-apa.



Karen Reismann, 61 tahun yang didenda £10,000 ($18,700) kerana melanggar peraturan pengurusan selamat Covid-19 semasa menyertai bantahan tentang gaji di Khidmat Kesihatan Nasional (NHS) berkata:



"Kami tahu, apabila England memang, semua pemain warga England. Tapi bila England kalah, mereka dianggap sebagai pemain kulit hitam."



Felicite Sora, 35 tahun pergi ke bantahan itu dengan membawa anak lelakinya yang berusia lima tahun Ruben.



Sora, yang kini bekerja di NHS, berpindah ke Manchester dari Paris sekitar enam tahun lalu, berkata beliau telah melihat penghinaan berbaur perkauman yang sama dilontar ke arah bintang Perancis Kylian Mbappe selepas pemain itu juga gagal menyempurnakan tendangan penalti di Euro 2020.



"Isu yang dihadapi pemain kulit hitam di Perancis sama dengan isu yang dihadapi pemain kulit hitam di sini," kata beliau.



"Saya memberi sokongan kerana saya ingin anak saya tahu beliau tidak perlu gentar tentang perkara begini walau apa yang berlaku, sama juga seperti Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka."



Mural di tembok itu diconteng dengan kata-kata cacian selepas Rashford gagal menjaringkan gol dalam tendangan penalti di final Euro 2020 minggu lalu.



Sancho dan Bukayo turut gagal menyempurnakan tendangan masing-masing, dalam perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 2-3 bagi England, yang melanjutkan kemarau trofi kepada 55 tahun.



Sejak perlawanan itu, semua tiga pemain kulit hitam ini telah dilontar kata-kata berbaur perkauman di media sosial.



Polis Greater Manchester berkata ia sedang menyiasat laporan mengenai kerosakan ke atas mural dan juga berhubung pos di media sosial yang ditujukan kepada Rashford, Sancho dan Saka.



Penolong Ketua Konstabel Chris Sykes mengutuk keras perbuatan perkauman yang ditunjukkan kepada pemain England.



Perdana Menteri Boris Johnson kini dijadual mengadakan pertemuan dengan firma media sosial untuk membincangkan cara-cara mengambil tindakan lebih keras terhadap perbuatan perkauman di dalam talian.



Usaha mengumpul dana untuk memulihkan mural itu telah meraih lebih £34,000 yang akan digunakan untuk membiayai penghasilan karya seni di masa depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >