Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN PENCAK SILAT SEDUNIA KE-19

Tersingkir, tapi Ferdous tekad tidak mengaku kalah

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.



Sasarannya Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke19 ini jelas - untuk pulang ke tanah air dengan pingat emas terkalung di lehernya.



Namun, impian Ferdous, 26 tathu itu musnah selepas beliau tumbang di peringkat saringan acara tanding putera Kelas G (75-80 kg) pada Selasa lalu.



Beliau tewas 17-24 kepada pesilat dari Indonesia I Kadek Wahyu RG di gelanggang di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).



Kekalahannya itu mungkin lebih perit, kerana Ferdous ialah juara dnia bagi kelas I (85-90kg), yang dimenanginya semasa Singapura menjadi hos kejohanan dunia pada 2018.



"Saya masih belum menerima hakikat kekalahan ini," kata Ferdous.



"Tiada kekesalan. Tapi, saya rasa kecewa dan hampa, bukan dengan diri saya sendiri, tapi dengan perkara yang berlaku luar daripada kawalan saya," kata beliau semasa ditemui Berita Harian kurang 24 jam selepas perlawanannya.



Antara insiden di gelanggang yang masih menghantuinya ialah apabila beliau diberikan penalti kerana didakwa menendang muka lawan.



Keputusan wasit (pengadil dalam gelanggang) dan juri (penetap markah) bermakna Ferdous, yang telah mendahului sebahagian besar perlawanan, dipotong 15 mata - lima mata bagi amaran pertama dan 10 mata bagi amaran kedua - menyebabkan beliau ketinggalan mengikut kiraan mata.



Menyusuli itu, beberapa tendangan dan aksi menjatuhkan lawan yang dilaksanakan Ferdous turut tidak diberikan mata oleh wasit dan juri.



Bantahan jurulatihnya yang diajukan kepada pesuruhjaya yang boleh meneliti rakaman video juga tidak berjaya menerbalikkan keputusan itu.



Ferdous, yang menganggap dirinya "tenang" semasa perlawanan itu, menambah:



"Saya sudah melakukan yang terbaik. Pastinya, saya berharap dapat membawa pulang pingat emas sebab telah bermatian-matian berlatih.



"Banyak kekalahan yang saya alami tahun ini, dalam Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara dan beberapa bulan kemudian dalam Sukan SEA."



Bagi Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara di Singapura pada Februari lalu, Ferdous, yang beberapa minggu sebelumnya dihimpit kecederaan lutut, hanya mampu meraih gangsa.



Beliau kemudian berjaya ke final Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lalu tetapi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak tanpa beradu kerana terpaksa menuruti nasihat pasukan perubatan.



Ferdous mengalami kecederaan di kepala pada peringkat separuh akhir dan pasukan perubatan telah mengorak langkah berjaga-jaga untuk melindunginya.



"Ia mengecewakan untuk melihat usaha selama ini berakhir sebegini," ujar Ferdous, yang juga akur kehilangan salah seorang jurulatih pasukan silat Singapura, Mochammad Ichsan Nur Romadhon, yang nahas dalam kemalangan jalan raya di Bali juga meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.



Buat masa ini, beliau merancang untuk berehat seketika dan pulih sepenuhnya setelah mengharungi tempoh pertandingan yang padat bagi separuh pertama tahun ini.



Menyusuli itu, beliau akan kembali ke gelanggang latihan, dengan Sukan Sea menjelang pada tahun depan.



Ferdous berkata beliau masih berazam untuk merangkul pingat emas di kejohanan dunia yang akan datang.



"Kekalahan ini mengajar saya supaya berlatih lebih gigih," kata Ferdous.



"Jika saya menjadi pesilat yang lebih baik, saya akan tetap menang walaupun ada keputusan yang tidak berpihak kepada saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >