Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA 2023: BOLA SEPAK

Tertarik dengan posisi penjaga gol selepas lihat ayah bermain

Apr 29, 2023 | 05:30 AM



MATLAMAT Muhammad Aizil Mohamed Yazid semasa beliau membesar adalah untuk menjadi pemain pertahanan.



Tetapi tidak pula pemain kebangsaan bawah 22 tahun itu menyangka untuk menjadi penjaga gawang.



Jejaka tinggi lampai berusia 18 tahun itu berkata: "Sebelum ini saya bermain di posisi pertahanan tetapi setelah melihat ayah saya bermain sebagai penjaga gol, saya semakin tertarik dengan posisi itu."



Ayahnya, Yazid Yasin, merupakan bekas pemain Liga-S (kini dikenali sebagai Liga Perdana Singapura atau SPL) dan pernah menyarung jersi kelab-kelab tempatan seperti Woodlands Wellington.



Beliau kini jurulatih penjaga gawang bagi Balestier Khalsa.



Menurut Aizil, sungguhpun melihat ayahnya sebagai dorongan dan sumber inspirasi, beliau ingin melakar nama buat dirinya sendiri.



Beliau meletakkan hasrat bagi "mencabar dirinya untuk jadi lebih baik daripada ayah" dan tidak berada dalam bayangan ayahnya.



"Bagi saya, ia bukanlah untuk mengikuti jejak langkah ayah tetapi untuk mencipta nama sendiri.



"Sudah tentu saya boleh mempelajari beberapa perkara daripada beliau tetapi saya ingin melebihi pencapaiannya," jelas beliau.



Beliau akur perjalanannya sebagai penjaga gawang penuh berliku apabila mula-mula beralih kepada posisi itu - beliau bertukar posisi semasa sekolah menengah.



Ini setelah bakat beliau tidak datang secara semula jadi seperti pemain-pemain lain.



Beliau perlu bermula dari asas dan tingkatkan kemahiran dalam aspek mempertahankan gawang.



"Saya sahut cabaran itu kerana saya tahu, etika kerja saya akan dapat mengatasi kekurangan yang perlu saya pertingkatkan," jelasnya.



Ini di samping beliau diletakkan di bangku simpanan dan seringkali bermain hanya untuk perlawanan yang tidak penting.



"Saya biasanya hanya diturunkan jika perlawanan tersebut bukan perlawanan penting.



"Namun saya bersyukur saya melalui (pengalaman ini) kerana ia membentuk jati diri saya," tambah beliau.



Menyingkap perlawanan yang sukar dilupakan dalam kerjaya profesionalnya, kekalahan 9-4 di tangan Lion City Sailors (LCS) semasa Aizil menyarung jersi Hougang United dalam SPL musim 2022 merupakan detik hitam baginya.



Ia merupakan kekalahan paling teruk yang pernah beliau alami, lebih-lebih lagi itu adalah perlawanan keempat beliau sebagai pemain profesional.



Beliau, yang kini bermain untuk kelab Singa Muda, berkata: "Ia mungkin lebih mudah untuk memberitahu diri sendiri bahawa sukan atau posisi ini tidak sesuai.



"Sungguhpun kecewa pada saat itu, menyingkap kembali, saya bangga kerana dapat bangun semula kerana secara jujur, saya berpendapat tidak ramai yang dapat bangkit semula selepas kekalahan seperti itu."



Berbekalkan kegigihan dan semangat enggan menyerah yang menonjol, beliau melangkah masuk ke temasya Sukan SEA yang sulungnya.



Menurutnya, pelibatan dalam Sukan SEA dinantikannya kerana ia satu cabaran dan peluang untuk berdepan dengan pasukan di peringkat rantau.



"Apa yang penting bagi saya (untuk Sukan SEA ini) adalah untuk memberi tumpuan kepada satu perlawanan pada satu-satu masa dan menikmati masa bermain dalam perlawanan," ujar Aizil sambil tersenyum.




"Bagi saya, ia bukanlah untuk mengikuti jejak langkah ayah tetapi untuk mencipta nama sendiri. Sudah tentu saya boleh mempelajari beberapa perkara daripada beliau tetapi saya ingin melebihi pencapaiannya."
- Muhammad Aizil Mohamed Yazid, penjaga gol kebangsaan bawah 22 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >