Premium
Teruja dapat bertemu dengan legenda NBA Amerika
Fatin antara 15 pemain terpilih membentuk pasukan Junior NBA All-Stars yang berpeluang lawat Shanghai
Jan 3, 2017 | 5:30 AM
MINATNYA terhadap bola keranjang bermula secara tidak sengaja semasa usianya lapan tahun.
"Waktu itu, jurulatih bola keranjang di sekolah rendah kami memasuki kelas dan bertanya siapa yang ingin mencuba sukan itu. Oleh kerana tiada orang yang mengangkat tangan, saya memilih untuk melakukannya," ujar Fatin Nazura Mohammad Rafi, memulakan cerita mengenai detik pertama dia mula aktif dalam sukan ini yang jarang diminati kanak-kanak Melayu lain.

