Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK TOKYO

Terus atau batal masih jadi tanda tanya

May 24, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Hanya tinggal sekitar dua bulan sebelum sukan Olimpik Tokyo dianjurkan, kini terdapat tekanan sama ada ia perlu diteruskan di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang masih berleluasa.



Membuat keputusan untuk membatalkan sukan Olimpik sekali lagi bukanlah satu perkara yang mudah.



Malah Jepun kini berdepan dengan situasi yang agak rumit.



Keadaan darurat koronavirus telah dilanjutkan di ibu kota Tokyo dan tiga wilayah utama yang lain sedang kes Covid-19 terus meningkat di sana.



Namun, tiada tanda-tanda yang menunjukkan temasya sukan antarabangsa itu akan dibatalkan, meskipun pakar kesihatan dan orang awam berpendapat ia tidak harus diteruskan.



Satu tinjauan yang dibuat di Jepun telah menunjukkan bahawa 70 peratus penduduk di situ tidak mahu sukan Olimpik diteruskan, namun Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan acara tersebut akan tetap dianjurkan.



Jepun telah lama menegaskan bahawa tidak ada keraguan bahawa sukan Olimpik, yang dijadualkan berlangsung tahun lalu, akan tetap diadakan dan ia akan berlangsung dengan langkah-langkah pengurusan selamat.



Bagaimanapun awal minggu ini, Perdana Menteri Yoshihide Suga, untuk pertama kalinya tunduk pada tekanan pendapat umum, sambil berkata bahawa pemerintah "tidak akan mengutamakan Olimpik".



Namun menurut beliau lagi, pada akhirnya, keputusan membatalkan Olimpik terletak di tangan IOC.



Kontrak antara IOC dengan bandar Tokyo menyatakan bahawa keputusan untuk membatalkan acara sukan itu hanya boleh dibuat oleh badan Olimpik tersebut dan bukan bandar yang menjadi tuan rumah.



Ini kerana Sukan Olimpik adalah "harta milik eksklusif" IOC, kata peguam sukan antarabangsa Alexandre Miguel Mestre kepada BBC.



Dan sebagai "pemilik" acara sukan itu, IOC boleh menghentikan kontrak tersebut.



Salah satu alasan yang boleh diberikan untuk membenarkan pembatalan - selain daripada perkara-perkara seperti perang atau bantahan awam - adalah jika "IOC mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, atas budi bicara mutlaknya, bahawa keselamatan para peserta sukan Olimpik akan terancam, atas apa jua sebab".



Justeru, wabak Covid-19 boleh dianggap sebagai satu ancaman.



Piagam Olimpik juga menetapkan bahawa IOC harus memastikan "kesihatan atlet" dan mempromosikan "sukan yang selamat", kata Mestre.



Namun di sebalik semua ini, IOC nampaknya bertekad untuk terus menganjurkan sukan Olimpik.



"Sukan Olimpik adalah acara sukan terbesar dalam jadual dunia, dan Jepun serta IOC menghadapi risiko kehilangan berbilion dolar dari segi tajaan penyiaran.



"Ini adalah sebuah acara yang besar dan malangnya terdapat tanggungjawab kontrak yang besar untuk semua pihak," kata Profesor Jack Anderson dari Melbourne Universiti kepada BBC.



Oleh itu, satu-satunya senario realistik ialah Jepun dan IOC mengambil keputusan bersama untuk membatalkan Olimpik - satu langkah yang masih mematuhi perjanjian mereka.



Buat masa ini, ketidakpastian di sekitar penganjuran sukan Olimpik masih berterusan.



Terdapat beberapa atlet yang telah menyuarakan pandangan mereka mengenai isu yang membimbangkan ini.



Bagi mereka yang layak bertanding, Olimpik adalah antara kemuncak kerjaya mereka setelah berlatih selama bertahun-tahun.



Pada masa yang sama, terdapat keprihatinan terhadap keselamatan kesihatan diri mereka serta orang awam di tengah-tengah wabak global ini.



Acara sukan Olimpik yang seterusnya sudahpun dijadualkan berlangsung di Beijing, China, pada Februari tahun depan.



Disebabkan itu, Jepun bersedia untuk berusaha menganjurlan Sukan Olimpik Tokyo kali ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >