Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Tewas tapi Wales tetap jamin tempat pusingan kedua

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Wales menunjukkan kesungguhan yang hebat dalam kekalahan 0-1 menentang Italy kelmarin, ketika mereka bertahan dengan 10 pemain, untuk mencatat keputusan mencukupi bagi menjamin tempat di pusingan kedua Euro 2020.



Kelayakan automatik mereka berada di bawah ancaman dengan Switzerland mengalahkan Turkey 3-1 dalam perlawanan lain Kumpulan A, tetapi Wales teguh mengatasi tekanan tanpa henti Italy untuk menghuni tempat kedua akibat perbezaan gol.



Italy sudah melayakkan diri ke pusingan kelompok 16 dan, meskipun membuat lapan perubahan kepada pasukan, mereka kekal dominan dengan gol Matteo Passina meletakkan mereka di depan 1-0 pada separuh masa, yang kurang mencerminkan keunggulan mereka.



Wales kemudian terpaksa bermain setengah jam terakhir dengan kekurangan satu pemain setelah Ethan Ampadu dibuang padang kerana mengasari Federico Bernardeschi, lalu memperhebatkan serangan Italy.



Dan meskipun kemenangan Italy tidak dipertikaikan - ini merupakan perlawanan ke-30 berturut-turut tanpa kalah, menyamakan rekod nasional mereka - Wales namun harus berusaha gigih untuk menjamin jurang kemenangan yang tidak teruk.



Buat pengurus Wales Robert Page, ia pastinya kekalahan yang rasa seperti kemenangan.



"Sudah tentu kerana kami dapat menduduki tempat kedua, ia adalah satu perasaan kemenangan," katanya. "Jangan pandang remeh pada perwatakan orang Wales. Ia luar biasa apa yang dikatakan dalam bilik salinan dapat beri motivasi kepada pemain. Saya sangat bangga."



Mengakhiri tempat ketiga dalam kumpulan mungkin cukup untuk Wales mara sebagai salah satu pasukan tempat ketiga terbaik kejohanan, tetapi keputusan ini memastikan nasib mereka berada di tangan mereka sendiri.



"Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi kami laksanakan tugas, mengakhiri di tempat kedua.



"Agak sedikit mengecewakan apabila kalah perlawanan, ia perasaan yang semula jadi. Tetapi, pemain hanya bekerja keras, terus berlari dan buat apa yang kami harus lakukan," kata kapten Gareth Bale.



"Kami benar-benar harus bekerja keras. Kami menunjukkan perwatakan itu lagi dan saya bangga dengan semua orang.



"Ini pencapaian yang luar biasa dan kami perlu pulihkan semua orang sekarang dan rehat dan kembali dalam masa seminggu."



Ujian seterusnya bagi Page dan anak buahnya adalah perlawanan pusingan kedua menentang naib johan Kumpulan B - yang dijangka sama ada Russia, Finland atau Denmark - di Amsterdam pada Sabtu ini.



"Kami akan selalu bersama. Itulah asas kami. Kami sentiasa bersama, kami sentiasa bekerja keras bersama, tetapi kami tidak dapat memandang jauh daripada perlawanan seterusnya dan tidak tahu siapa yang akan kami hadapi."



Seperti yang ditunjukkan pemain berusia 31 tahun itu dan rakan sepasukannya di Perancis lima tahun lalu, apa sahaja yang boleh berlaku setelah mara ke peringkat kalah mati.



Wales mara ke separuh akhir di Euro 2016.



Bagi Italy, kemenangan ke-11 berturut-turut itu akan menyaksikan mereka berdepan naib johan Kumpulan C di Wembley pada Sabtu ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >