Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN BAWAH 23 TAHUN (U23) AFF

Thailand, Vietnam berpeluang besar lepas Indonesia tarik diri

SG disertai pemain antarabangsa Ilhan Fandi, Saifullah Akbar, Jacob Mahler dan Ryhan Stewart
Feb 14, 2022 | 05:30 AM



KEJOHANAN Bawah 23 Tahun (U23) Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kembali tahun ini bagi edisi ketiganya, namun tanpa juara bertahan Indonesia yang menarik diri akibat kes positif Covid-19 dan kecederaan dalam skuadnya.



Justeru, edisi 2022, yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja, menampilkan hanya 10 pasukan negara.



Persaingan bermula hari ini dan berlangsung hingga 26 Februari, dengan perlawanan diadakan di dua lokasi - Stadium Prince dan Stadium Nasional Morodok Techo.



Kejohanan U23 AFF sulung diadakan pada 2005 di Bangkok, Thailand, namun edisi seterusnya dianjurkan 14 tahun kemudian pada 2019 di Phnom Penh.



Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mengumumkan Jumaat lalu Indonesia tidak akan mempertahankan kejuaraan mereka selepas pasukan nasional U23-nya dihimpit kecederaan dan kenaikan jumlah kes Covid-19.



Pasukan kendalian ketua jurulatih Shin Tae-yong itu adalah antara pasukan pilihan untuk menjulang trofi kejuaraan tahun ini, selepas menamakan skuad kuat terdiri daripada pemain seperti Pratama Arhan, Ramai Rumakiek, Marselino Ferdinan dan Ronaldo Kwateh.



Bagaimanapun, tujuh pemain dan seorang pegawai pasukan itu diuji positif menjelang kejohanan ini. Empat pemain pula diletak di bawah pengasingan kerana menjadi kontak rapat kes positif.



Masalah Indonesia tidak terhad pada Covid-19. Tiga pemainnya cedera dan tidak dapat diturunkan.



Setiap pasukan mendaftar skuad 23 pemain.



Pengunduran Indonesia menjadikan persaingan dalam Kumpulan B kepada antara tiga pasukan, Malaysia, Myanmar dan Laos.



Pasukan tuan rumah Kemboja ditempatkan dalam Kumpulan A, bersama Timor-Leste, Filipina dan Brunei.



Kumpulan C dianggotai Thailand, Vietnam dan Singapura.



Juara setiap kumpulan dan pasukan tempat kedua terbaik layak ke pusingan separuh akhir.



Tanpa Indonesia, dua pasukan handal bola sepak Asean - Thailand dan Vietnam - kini mempunyai peluang lebih tinggi menjulang piala tahun ini.



Ini walaupun kedua-dua negara itu difahamkan akan menyertakan skuad kurang berpengalaman.



Thailand, juara pertama kejohanan ini pada 2005, akan diwakili pasukan U19 mereka yang dipimpin ketua jurulatih asal Sepanyol, Salvador Valero Garcia.



Langkah itu diambil Persatuan Bola Sepak Thailand memandangkan Kejohanan U23 AFF bertembung dengan kejohanan bola sepak profesional Liga 1 hingga 3 Thai dan persiapan bagi Sukan SEA 2022, Piala Asia U23 AFC 2022 dan Sukan Asia 2022 di China.



Vietnam pula dikatakan memanggil pasukan U21 mereka di bawah bimbingan ketua jurulatih Dinh The Nam untuk bersaing dalam kejohanan ini.



Dalam pada itu, Singapura, naib juara edisi 2005, menamakan skuad kuat yang disertai beberapa pemain berpengalaman - Ilhan Fandi, Saifullah Akbar, Jacob Mahler dan Ryhan Stewart.



Pasukan Singa Muda, yang tidak bertanding dalam edisi 2019, untuk memberi tumpuan pada persiapan Kelayakan Kejohanan U23 AFC ketika itu, dipimpin ketua jurulatih Nazri Nasir.




PERLAWANAN PUSINGAN KUMPULAN SINGAPURA DI KEJOHANAN U23 AFF



Thailand lwn Singapura



Tarikh: Rabu, 16 Disember



Waktu: 8 malam



Tempat: Stadium Prince di Phnom Penh, Kemboja



Singapura lwn Vietnam



Tarikh: Sabtu, 19 Disember



Waktu: 8 malam



Tempat: Stadium Prince di Phnom Penh, Kemboja




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >