Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Thomas Zilliacus tarik balik bidaan untuk beli Man Utd

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Usahawan Finland, Thomas Zilliacus, telah menarik balik tawarannya untuk membeli Manchester United.



Beliau berkata keputusan pemilik semasa kelab itu, The Glazers, untuk mengadakan bidaan pusingan ketiga adalah satu tindakan "sandiwara".



Usahawan berusia 69 tahun itu berkata bahawa keluarga Glazers "tidak menghormati" kelab itu.



Zilliacus, jurubank Qatar Sheikh Jassim, dan pemilik Ineos Sir Jim Ratcliffe telah mengemukakan bidaan kedua secara terbuka.



"Tundaan akan menyebabkan kesukaran untuk pemilik baru membina pasukan yang mampu bersaing untuk musim depan," kata Zilliacus.



"Bidaan itu bertukar menjadi sandiwara dan Glazers tidak menghormati kelab itu," tambahnya dalam satu catatan di Twitter.



"Jim Ratcliffe, Sheik Jassim dan saya semua bersedia untuk berunding perjanjian untuk membeli United. Tetapi sebaliknya Glazers memilih mengadakan pusingan bidaan baru.



"Saya tidak akan mengambil bahagian dalam sandiwara yang dibuat untuk memaksimumkan keuntungan bagi penjual dengan mengorbankan Manchester United."



Zilliacus, yang sebelum ini pernah terlibat dengan HJK Helsinki dan juara hoki ais Jokerit di tanah airnya, adalah pengasas dan pengerusi organisasi media sosial baru, novaM Group.



Beliau mahu membeli United melalui XXI Century Capital, sebuah firma pelaburan yang dimiliki syarikat induknya.



Ketika mengumumkan bidaannya secara terbuka bulan lalu, Zilliacus berkata beliau merancang membeli separuh daripada kelab itu dengan separuh lagi dibeli oleh penyokong, yang akan menjadi sebahagian daripada pembuat keputusan kelab.



Keluarga Glazers, yang membeli United dengan harga £790 juta ($1.048 bilion) pada 2005, mengumumkan mereka sedang mempertimbangkan untuk menjual kelab itu pada November 2022 dan telah menetapkan penilaian antara £5 bilion dan £6 bilion.



Keputusan mengadakan bidaan pusingan ketiga bermakna bakal pembeli mesti mengemukakan lebih banyak tawaran ke hadapan dengan harapan dapat memuktamadkan perjanjian.



Ia pada mulanya diharapkan proses penjualan itu yang diuruskan Raine Group akan selesai menjelang akhir musim ini, tetapi masa tambahan untuk bidaan baru bermakna itu kini tidak mungkin berlaku.



Sheikh Jassim dijangka menyerahkan bidaan baru untuk membeli 100 peratus kelab, manakala Ratcliffe telah mengikuti strategi untuk mencuba membeli 69 peratus pegangan saham keluarga Glazers. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >