Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tia Rozario pecah rekod lompat kijang tempat tertutup kebangsaan

Feb 16, 2023 | 5:30 AM
LOMPATAN REKOD: Atlet lompat kijang Tia Louise Rozario semasa kejuaraan Jemputan Giegengack Yale di Universiti Yale. Beliau menang dengan lompatan sejauh 12.67m. - Foto ihsn KATE JOYCE
LOMPATAN REKOD: Atlet lompat kijang Tia Louise Rozario semasa kejuaraan Jemputan Giegengack Yale di Universiti Yale. Beliau menang dengan lompatan sejauh 12.67m. - Foto ihsn KATE JOYCE -

ATLET lompat kijang Singapura Tia Louise Rozario memecahkan rekod kebangsaan tempat tertutup acara itu dengan mencatat jarak lompatan 12.67 meter, sekali gus memenangi kejuaraan di Jemputan Giegengack Yale di Universiti Yale pada Ahad.

Jarak itu lebih jauh dari rekod 12.54 meter yang dicapai oleh Rozario juga pada Februari 2022 dalam Kejohanan Balapan dan Padang Tempat Tertutup Heptagonal Ivy League.

Beliau mempunyai enam percubaan lompatan dan berasa gembira dengan permulaannya - pada lompatan pertama Rozario mencatat lompatan sejauh 12.57 meter.

Rozario - yang juga pemegang rekod kebangsaan bagi lompat kijang tempat terbuka - melakukan kesalahan pada lompatan kedua dan ketiga, namun mula mendapat rentaknya pada lompatan keempat.

"Memasuki percubaan lompatan keempat, saya perlu memberi segalanya. Tiada lagi tekanan... dan saya dapat melaksana teknik saya dengan baik," katanya kepada The Straits Times dalam satu panggilan jauh.

Dalam Kejohanan Balapan dan Padang Tempat Luar Ivy League pada Mei 2022, beliau melompak sejauh 12.74 meter tetapi ia tidak didaftarkan sebagai rekod kerana bantuan angin (3.6m/saat) sangat kuat.

Jarak kelayakan bagi Sukan SEA di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei kelak ialah 13.45 meter - jarak yang dicatat pemenang pingat gangsa pada edisi sukan tersebut sebelum ini - tetapi Rozario tidak patah semangat mengenai perbezaan standard itu.

Pelajar tahun akhir jurusan neurosains di Universiti Princeton itu berkata matlamat segeranya ialah mencatat prestasi peribadi terbaik baru dalam Kejohanan Balapan dan Padang Tempat Tertutup Ivy League 2023 dari 25 hingga 26 Februari di Dartmouth College.

"Matlamat utama bagi tahun ini ialah mencapai 13 meter. Ia akan menjadi satu kejayaan besar dan ia mungkin boleh dikecapi tahun ini. Saya rasa apabila saya fokus untuk mendapatkan jarak baik, hasilnya akan menyusul," ujar beliau.

Dalam pada itu, Singapura akan diwakili lebih 500 atlet dalam 27 sukan pada Sukan SEA Kemboja.

Edisi terakhir Sukan SEA di Vietnam pada 2022 menyaksikan kontinjen Singapura menang 47 pingat emas, 46 perak dan 71 gangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg