Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLETIK

Tiada Kejohanan Nasional dalam Maraton S'pura, hadiah wang tunai dikurangi

Masyarakat larian tempatan kecewa, SA akan dapatkan penjelasan daripada penganjur
Sep 22, 2022 | 05:30 AM



MARATON Singapura Standard Chartered (SCMS) diadakan semula Disember ini selepas dua tahun berehat, tetapi acara popular itu akan dijalankan tanpa salah satu acara kemuncaknya - Kejohanan Nasional.



Hadiah wang tunainya pula dikurangkan.



Ini menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan komuniti larian tempatan, dengan pelari maraton terkemuka negara Soh Rui Yong - yang menjuarai Kejohanan Nasional dari 2017 hingga 2019 - berkata di mediao sial perkembangan itu adalah "detik sedih bagi larian jarak jauh tempatan" dan bahawa "perlumbaan itu nampaknya tidak sebaik yang lalu".



Hadiah wang tunai bagi perlumbaan 2-4 Disember itu dikurangkan hampir 80 peratus daripada AS$244,000 ($344,100) semasa edisi lalu kepada $70,000.



Pada 2019, pelari wanita dan lelaki tempatan tempatan menerima A$10,000 setiap seorang.



Seorang pelari maraton terkemuka tempatan, yang bercakap dengan syarat namanya tidak didedah, berkata: "Ia lebih daripada sekadar mengenai hadiah wang tunai. Melakukan yang terbaik dalam maraton tempatan adalah satu kebanggaan - kita hanya ada dua acara maraton di Singapura, jadi ia adalah perkara besar.



"Kita bukan seperti negara lain yang ada maraton setiap minggu. Apabila masyarakat tempatan tampil bersama dengan matlamat meraih keputusan baik, dan merai pencapaian satu sama lain, ia adalah perkara besar."



Mengakui tentang kekecewaan pelari tempatan, seorang jurucakap Atletik Singapura (SA) berkata ia akan bertemu penganjur SCSM, Ironman Group, untuk mengadakan perbincangan minggu ini.



"Kami menyedari bahawa terdapat maklum balas daripada pelari, jadi kami akan mendapatkan penjelasan daripada mereka dan melihat apa langkah seterusnya dalam bergerak ke hadapan," kata beliau.



Perlumbaan tahunan itu juga biasanya diluluskan oleh SA dan rundingan mengenai isu ini sedang dijalankan, tambah SA.



Mengenai pengurangan nilai hadiah, Ironman menjelaskan perlumbaan tahun ini tidak termasuk kategori perlumbaan elit seperti perlumbaan elit khusus Gold Label International, yang menampilkan beberapa pelari jarak jauh terbaik dunia.



Dalam edisi sebelumnya, penganjur membawa masuk pelari elit antarabangsa ke Singapura untuk bertanding.



Pada 2019, pemenang lelaki dan wanita SCSM, Joshua Kipkorir dan Priscah Cherono menerima hadiah AS$50,000 setiap seorang.



Maklum bahawa jumlah hadiah akan dinaikkan "secara bertahap", Ironman berkata: "Dengan dunia atletik masih dalam pemulihan berikutan pandemik, perlumbaan tahun ini tidak termasuk kategori perlumbaan elit seperti perlumbaan elit khusus Gold Label International... dan oleh itu tidak termasuk jumlah hadiah kategori perlumbaan elit tempatan dan antarabangsa.



"Bagaimanapun, atas semangat daya saing, kami mewujudkan hadiah wang tunai bagi lima pemenang teratas lelaki dan wanita dalam kategori maraton dan separuh maraton. Ini terbuka kepada pelari tempatan dan antarabangsa."



Pemenang pertama lelaki dan wanita akan mendapat $10,000 setiap seorang, diikuti $5,000, $3,000, $2,500 dan $2,000 bagi setiap pemenang berikutnya.



Lima pemenang teratas separuh maraton masing-masing akan membawa pulang hadiah $5,000, $3,000, $2,000, $1,500 dan $1,000. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >